Majlis Olimpik Malaysia Pertimbang Reka Bentuk Baharu Pakaian Rasmi Olimpik 2024

27 Jun 2024 • 4:46 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Reaksi netizen mungkin dorong perubahan pakaian rasmi Olimpik Malaysia 2024

Majlis Olimpik Malaysia Pertimbang Reka Bentuk Baharu Pakaian Rasmi Olimpik 2024. Pakaian rasmi atlet Malaysia untuk Olimpik 2024 telah menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen sejak beberapa hari lepas. Malah, rata-rata netizen cuba membuat semula reka bentuk pakaian tersebut sebagai tanda tidak berpuas hati.

Kini, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan versi pakaian rasmi yang lebih baik, menurut laporan New Straits Times.

image is not available
Majlis Olimpik Malaysia Pertimbang Reka Bentuk Baharu Pakaian Rasmi Olimpik 2024

Satu sumber telah memberitahu Timesport bahawa MOM sedang bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan Yonex untuk mereka bentuk pakaian baharu khas untuk atlet Malaysia yang akan ke Sukan Paris.

Jumlah terhad akan dihasilkan, dianggarkan 25 atlet

Sumber tersebut menyatakan bahawa MOM sedang berusaha dengan Yonex untuk menghasilkan pakaian eksklusif untuk atlet sahaja. Hanya sejumlah kecil pakaian akan dihasilkan untuk anggaran 25 orang atlet.

Walau bagaimanapun, ahli kontinjen lain seperti jurulatih, kakitangan sokongan, dan pegawai akan terus menggunakan pakaian rekaan yang kontroversi itu.

Mengenai pemilihan rekaan yang menimbulkan kontroversi ini, sumber tersebut menyatakan bahawa Yonex pada mulanya telah mencadangkan beberapa reka bentuk kepada MOM.

Sebuah jawatankuasa MOM telah memilih reka bentuk yang kelihatan menarik di atas kertas, tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan apabila rekaan itu dicetak pada pakaian rasmi.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved