Majlis pecah tanah kilang klinker dan simen 27 Apr

21 Apr 2024 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

TONGOD: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Haji Noor akan melakukan upacara pecah tanah kilang klinker dan simen bersepadu terbesar di Sabah pada 27 April ini di Dataran Terbuka Pinangah, di sini.

Pembinaan kilang dengan nilai pelaburan RM2 bilion itu melibatkan kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (Sedco) dengan syarikat tempatan Sri Alam Setia Sdn Bhd.

Pengerusi Borneo Cement Sabah Sdn Bhd, Datuk Masiung Banah berkata, ketibaan Ketua Menteri akan disambut dengan upacara tradisi suku kaum Sungai dan Murut.

Kilang simen itu, katanya, muncul sebagai kilang kedua terbesar di negara ini selepas kilang ASN Cement Sdn Bhd di Gua Musang, Kelantan.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Sebaik melakukan upacara simbolik menanam pokok, Hajiji dijadualkan melancarkan buletin terbaharu Sabah “Citra Kalaga” yang akan diterbitkan setiap dua bulan.

Masiung berkata, Citra Kalaga akan tampil sebagai lidah rasmi kerajaan yang bakal memuatkan berita-berita tempatan dan nasional, serta rencana terkini hasil tulisan dan susunan dua tokoh wartawan Sabah, Datuk Lichong Angkoi dan Yussof J. Imbang.

Sebelum upacara berlangsung, seawal 9 pagi orang ramai akan dihiburkan artis tempatan dan nasional, termasuk artis dangdut tanah air, Baby Shima yang popular dengan lagu ‘Sejenak Sendiri’.

Antara artis tempatan yang dijangka turut memberi persembahan adalah Datuk Francis Landong, Villashah, Asmin Peyog, Apiang Sausun dan Metha Sapari.

14 jabatan dan swasta dijadualkan turut serta membuat pameran, selain Program Jualan Rahmah.

Jawatankuasa Pelaksana upacara itu menjangkakan lebih 3,500 orang ramai membanjiri Dataran Terbuka Penangah sempena upacara tersebut.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article