Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang 19 Julai di Perak

13 Jul 2026 • 5:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang 19 Julai di Perak

KUALA LUMPUR, 13 JULAI: Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2026 akan berlangsung pada 19 Julai ini di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Perak, sebagai pembuka tirai sambutan bulan kebangsaan tahun ini.

Menerusi hantaran di Facebook Merdeka360, majlis dijadual bermula pada 10 pagi itu akan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) selain Facebook Live Merdeka360, Kementerian Komunikasi dan Jabatan Penerangan.

“Kibarkan Jalur Gemilang, semarakkan semangat patriotisme dan hayati Bulan Kebangsaan 2026. Layari Merdeka360.my untuk memuat turun logo rasmi, lagu patriotik dan pelbagai bahan promosi bagi menyemarakkan semangat kebangsaan,” menurut hantaran itu.

Tema "Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 (HKHM2026) tahun ini manakala logo Malaysia MADANI dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan sehingga tahun hadapan.

Tema itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam membina sebuah negara maju, inklusif dan sejahtera, yang bermaksud setiap individu dapat menikmati kesejahteraan secara menyeluruh.

Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil sebelum ini berkata sambutan Hari Kebangsaan 2026 akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos dalam skala sederhana tetapi meriah manakala Hari Malaysia 2026 pada 16 September di Sarawak.

Bagi merancakkan sambutan HKHM2026, tujuh program sisipan dan aktiviti patriotik disusun di seluruh negara iaitu Kembara Bahasa HKHM, Quran Hour, Ambang Merdeka, Kira Detik Merdeka, RIUH Merdeka serta Majlis Memperingati Negarawan.

Image from: Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang 19 Julai di Perak
Foto FACEBOOK Merdeka360

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved