Majlis penasihat awam bantu Selangor lindungi kesihatan penduduk lebih efektif

15 Jun 2022 • 9:10 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 15 JUN: Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (Selphac) ditubuhkan sebagai salah satu langkah proaktif melindungi rakyat negeri ini menerusi sistem kesihatan awam dengan lebih efektif.

Dato’ Menteri Besar berkata majlis itu akan memacu idea-idea baharu supaya langkah pengukuhan direncana sebaiknya.

“Berbekal pengalaman pentadbiran dan pengurusan ketika pandemik Covid-19, Selangor yakin untuk mengorak kejayaan serta mencorak masa depan yang lebih baik.

“Semoga inisiatif ini melindungi masa depan kita bersama,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Amirudin menjelaskan keanggotaan Selphac turut mengumpulkan pelbagai latar belakang supaya pelaksanaan bersifat menyeluruh dan bersasar.

“Inisiatif ini selari dengan hasrat Kementerian Kesihatan yang menekankan pembentukan Jawatankuasa Agenda Nasional Malaysia Sihat di peringkat negeri,” katanya.

Selphac dianggotai 15 ahli terdiri daripada pemimpin negeri, agensi pelaksana utama, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, pakar perubatan pelbagai bidang dan ahli akademik.

Turut menganggotainya ialah mantan ahli Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19, wakil kesihatan sektor industri, wakil persatuan perubatan Malaysia dan wakil persatuan pakar kesihatan awam.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved