
SANDAKAN: Seramai 30 pengamal media diraih dalam satu majlis anjuran Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong sebagai tanda penghargaan terhadap peranan penting mereka dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Majlis yang diadakan di Skate Park Ujana Elopura, Batu 2 ini juga bagi meraikan kedatangan tahun baru 2025 dalam suasana mesra dan harmoni.
AdvertisementDalam ucapan alu-aluannya, Vivian mengiktiraf usaha gigih pengamal media tempatan dalam melaporkan isu-isu semasa, serta peranan mereka sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan.
“Pengamal media adalah tulang belakang kepada masyarakat yang bermaklumat. Kerja keras mereka, walaupun sering kali tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, amat penting dalam membentuk pandangan masyarakat dan membolehkan rakyat membuat keputusan berdasarkan fakta,” katanya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau turut menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama dengan media dalam memastikan keperluan dan suara rakyat Sandakan didengar dan diperjuangkan.
Selain ucapan penghargaan, majlis makan malam itu turut diserikan dengan pelbagai aktiviti seperti cabutan bertuah, permainan santai dan sesi fotografi bersama Vivian.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Para pengamal media yang hadir turut menerima cenderamata sebagai tanda terima kasih atas sumbangan mereka.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Media Sandakan (Pemassa), James Leong menyifatkan majlis ini sebagai satu inisiatif yang bermakna dan mampu memperkukuhkan hubungan antara pengamal media dan pemimpin setempat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Kami berasa amat dihargai dengan pengiktirafan ini. Ia juga memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi secara santai dengan pemimpin,,” katanya.
Majlis berakhir dengan suasana penuh ceria dan semangat baru untuk meneruskan kerjasama erat antara Ahli Parlimen Sandakan dan pengamal media dalam menjayakan agenda pembangunan serta kesejahteraan masyarakat setempat.

