
Majlis Perasmian Penutupan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Tahun 2024
PORT DICKSON, 29 Ogos 2024 – YB Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Tahun 2024 di Port Dickson pada hari ni.
Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg. Datuk Hjh Sapiah binti Dato’ Mohd Nor, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan YBrs. Puan Noraina binti Masduki @ Abdul Hanan, Pengarah Institut Kemajuan Desa (INFRA).
Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Tahun 2024 adalah antara program yang diberi tumpuan di bawah Teras 6: Wanita di dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030, yang mengoptimumkan kapasiti dan kadar guna tenaga wanita serta meningkatkan penglibatan wanita dalam proses membuat keputusan di peringkat komuniti.
Program ini telah melibatkan seramai 300 orang peserta yang terdiri daripada wanita yang terlibat secara langsung dalam kepimpinan di peringkat komuniti merangkumi, Biro Wanita Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP), beliawanis, penggerak dalam komuniti, pertubuhan NGO, ibu-ibu tunggal, usahawan wanita luar bandar serta kepimpinan wanita di peringkat kampung dan komuniti di seluruh negara.
Pecahan peserta mengikut negeri adalah seperti berikut:

LATAR BELAKANG SEMINAR
1. Punca kuasa pelaksanaan seminar ini adalah hasil dari Bengkel Permukiman KKDW 2024 yang telah dilaksanakan pada 11 hingga 13 Januari 2024, bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Melalui perbincangan kaukas Kepimpinan Desa semasa bengkel tersebut, telah mencadangkan agar satu seminar yang memberi fokus kepada aspek kepimpinan wanita dalam konteks komuniti luar bandar dilaksanakan oleh INFRA.
2. Pelaksanaan seminar ini bertujuan untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan komuniti dan negara serta memberi peluang kepada wanita yang membarisi kepimpinan di peringkat kampung dan komuniti dapat diberikan pendedahan dan latihan berterusan untuk membantu melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berkesan.
3. Seminar ini juga bertujuan untuk memperkukuh INFRA sebagai pusat kecemerlangan latihan dan penyelidikan luar bandar di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) atau INFRA CORE (Centre of Rural Excellence), yang memberi tumpuan kepada pembangunan keupayaan masyarakat luar bandar dalam pelbagai bidang seperti kepimpinan, pengurusan desa, keusahawanan dan kemahiran.
OBJEKTIF SEMINAR
1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin wanita luar bandar kepada ilmu berkaitan kepimpinan termasuklah kesedaran dan pengetahuan tentang isu-isu dan cabaran yang dihadapi selain pengetahuan berkaitan hak hak wanita, peluang pendidikan dan ekonomi;
2. Meningkatkan keyakinan diri dan motivasi wanita menerusi pemantapan personaliti diri serta keterampilan sebagai pemimpin wanita yang disegani; dan
3. Memperkasakan orang wanita dalam membangunkan kemahiran dan pengurusan selain berperanan aktif dalam komuniti dan pembuatan keputusan di peringkat luar bandar.
INFRA ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama rakan-rakan media yang telah hadir bagi membuat liputan.
The post Majlis Perasmian Penutupan Seminar Kepimpinan Wanita Luar Bandar Tahun 2024 appeared first on Siakap Keli.


