Majlis Perbandaran Manjung peruntukan RM500,000 sedia 30 kios untuk penjaja kecil

23 Jan 2024 • 4:01 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Majlis Perbandaran Manjung peruntukan RM500,000 sedia 30 kios untuk penjaja kecil

zakisalleh

23/01/2024 - 16:01

MANJUNG 23 Jan - Seramai 30 penjaja diberi tapak berniaga menerusi program myKIOSK Majlis Perbandaran Manjung (MPM) bagi membantu meningkatkan sumber pendapatan.

Program ini melibatkan penyediaan 30 kios di Jalan Venice Raya 2 di sini berhampiran Taman Manjung Point.

Pembinaan kios niaga bernilai RM500,000 ini menerusi peruntukan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Projek myKIOSK ini menyediakan kemudahan kepada penjaja kecil dengan fungsi teknologi hijau yang menggunakan tenaga solar dan penerapan nilai 3S (selamat, seragam dan selesa).

image is not available
Syamsul Hazeman (barisan depan di tengah) selepas menyampaikan kunci kios kepada 30 orang penjaja di Manjung.

Kios ini telah mula beroperasi sejak minggu lalu dengan bayaran yang dikenakan cuma RM40 sebulan.

Jenis jualan seperti kuih tradisional, masakan tengah hari, pelbagai kopi hipster, masakan Melayu, masakan berasaskan mi, masakan barat, masakan pastry dan minuman lain.

Penyediaan kios ini juga merupakan inisiatif MPM kepada para penjaja kecil untuk meningkatkan peluang menjana pendapatan dan merancakkan lagi ekonomi daerah Manjung.

Dengan lokasi berniaga yang teratur ini juga usaha mewujudkan imej bersih serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

image is not available

Terdahulu, majlis penyerahan kunci kios ini telah disempurnakan oleh Yang Dipertua MPM, Syamsul Hazeman Md Salleh.

Ia melibatkan 18 peniaga lelaki dan bakinya wanita termasuk Orang Kelainan Upaya.

Hadir sama Ketua Jabatan Pelesenan dan Penguatkuasaan MPM, Mohamad Shahril Salihan. - DagangNews.com