
PENAMPANG: Penyelaras Parti Kerjasama Anak Negeri (Anak Negeri) untuk Pantai Barat mengulangi rasa tidak puas hati dengan bayaran letak kereta terlalu tinggi yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan dalam perbandaran Penampang.
Dr Edwin Bosi turut menyuarakan rasa tidak puas hati orang ramai mengenai bayaran parkir itu yang terlalu tinggi itu iaitu 75 sen untuk setengah jam.
AdvertisementBeliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Anak Negeri mempersoalkan mengapa arahan perniagaan pertama Majlis Perbandaran Penampang (MPP) yang baharu adalah mengenakan bayaran parkir yang terlalu tinggi.
“Saya mengalu-alukan hakikat bahawa daerah Penampang telah dinaikkan kepada status Perbandaran tetapi saya mahu bertanya mengapa MPP mengenakan bayaran parkir yang terlalu tinggi?” soalnya.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, bayaran parkir yang tinggi itu sudah pasti akan mengganggu perniagaan atau aktiviti perdagangan. Ini kerana orang ramai akan berasa tawar hati dan sekali gus mengelak untuk masuk ke bandar.
“Saya bersetuju bahawa dengan memperkenalkan bayaran letak kereta ini ia mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menyelesaikan kekurangan tempat letak kereta pada waktu puncak.
Advertisement“Tetapi bayaran letak kereta juga harus berpatutan dan adil,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kapayan ini.
Dr Bosi berkata, beliau sudah berjumpa dan menyampaikan kebimbangannya mengenai bayaran parkir yang terlalu tinggi itu kepada Presiden MPP.
Advertisement“Presiden Majlis telah menjanjikan satu berita baik selepas Tahun Baharu Cina jadi saya mengharapkan beliau menyemak dan menyelesaikan isu bayaran letak kereta di dalam Perbandaran Penampang,” katanya.
Sejak ruang letak kereta dikenakan bayaran dalam MPP Penampang setahun yang lalu, penduduk tempatan sering meluahkan perasaan tidak puas hati mereka dalam aplikasi media sosial.
Mereka membandingkan bayaran untuk setengah jam dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang hanya 55 sen untuk setengah jam sebagai lebih adil berbanding 75 sen tempoh yang sama di Penampang.
Mereka juga selalu mengadu dengan keadaan jalan raya, lampu jalan dan infrastrukur yang kurang memuaskan di Penampang dan mahukan ia segera diperbaiki untuk mengimbangi bayaran tinggi letak kereta.



