
MAJLIS Daerah Papar berharap dapat memulihkan semula operasi loji rawatan kumbahan (STP) Taman Sayang sebelum menyerahkan pepasangan itu kepada Jabatan Perkhidmatan Pembetungan.
Seorang jurucakap Majlis berkata ia perlu menentukan sama ada sebahagian daripada belanjawan Majlis untuk tahun ini dapat diperuntukkan bagi melakukan pembaikan diperlukan.
“Pentadbiran atasan kami perlu membincangkan perkara ini,” katanya. KUMBAHAN di dalam tangki ini didapati bertakung kerana stesen pam tidak beroperasi.
“Jika ini tidak dapat dilakukan, maka kami mungkin perlu mendapatkan peruntukan dari sumber lain untuk membolehkan STP beroperasi semula.”
Dia berkata pergerakan tanah secara beransur-ansur di bahagian daerah ini selama ini telah menyumbang kepada masalah pembetungan kejiranan tersebut.
“Saluran paip tenggelam di beberapa tempat disebabkan mendapan tanah.” Jurucakap itu berkata kakitangan Majlis menjalankan pemeriksaan STP bersama rakan sebidang mereka dari Jabatan cawangan Papar pada bulan lepas sebagai sebahagian daripada proses penyerahan tersebut.
Seorang jurucakap Jabatan mengesahkan bahawa kakitangannya telah pergi ke Taman Sayang untuk memeriksa keadaan pepasangan itu pada 2 Mac, tetapi mengatakan masih terlalu awal bagi agensi itu mempertimbangkan secara serius untuk mengambil alih tanggungjawab atas loji itu.
“Peralatan dan pekarangannya dalam keadaan kucar-kacir,” katanya. SEMAK di pekarangan loji menyukarkan pintu panel kawalan dibuka.
“Kumbahan bertakung di dalam tangki kerana stesen pam, termasuk panel kawalan, tidak berfungsi.
“Pekarangannya sangat tidak terurus sehingga boleh dianggap sebagai bahaya awam. Reptilia berbahaya, seperti ular, mungkin telah membiak antara rumput yang panjang.
“Malah semak tebal menyukarkan untuk membuka pintu ke panel kawalan.”
Dia berkata Majlis perlu memulihkan semula fungsi STP, dan menunjukkan bahawa pembetungan di Taman Sayang beroperasi sebagaimana mestinya, sebelum Jabatan itu boleh mula mempertimbang untuk mengambil alih kemudahan itu. TUMBUHAN semak, termasuk tumbuhan menjalar, di sekitar pepasangan itu menunjukkan ia sudah lama tidak diselenggara.
“Kami belum menerima pepasangan ini dan tidak menerima sebarang bayaran daripada Majlis untuk menyelenggara sistem di sini.”
Jurucakap itu berkata beberapa orang awam di Papar telah menghubungi pejabatnya di daerah itu mengenai masalah kumbahan di Taman Sayang.
“Masalah ini malah dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah baru-baru ini.” Pekerja Majlis memotong rumput di sekitar loji itu baru-baru ini.
SUKARNIL dari Papar berkata dia sering tidak dapat menggunakan tandas di rumahnya di Lorong Sayang.
“Daripada turun apabila pam ditarik, air dalam mangkuk naik sehingga mencecah bibir,” katanya.
Dia berkata ia mengambil masa beberapa hari untuk paras air ini surut. KEADAAN kawasan stesen pam tidak terjaga sebelum ini.
“Sementara menunggu, saya perlu terus mengudarakan rumah saya bagi mengelak bau busuk daripada terperangkap di dalam.
“Bau busuk ini bukan saja mengganggu, tetapi ia juga amat tidak sihat.
“Saya bimbang saya atau keluarga saya mungkin menghidap penyakit tertentu kerana wasap berbau yang kami hidu.”
Sukarnil berkata dia telah melaporkan masalah tandasnya, sekali sekala, kepada Majlis “selama bertahun-tahun”.
“Kakitangan memberi jaminan kepada saya setiap kali bahawa bahagian berkenaan akan dimaklumkan mengenai masalah saya.
“Saya sudah serik mendengar semua ini kerana hampir tiada perubahan selepas sekian lama.” Keadaan selepas rumput dipotong.
Dia berkata dia telah berkongsi kekecewaannya mengenai keadaan itu dengan beberapa pemilik rumah lain di Taman Sayang.
“Mereka juga sudah muak dengan apa yang berlaku. Sesetengah jiran saya mengesyaki bahawa sisa di dalam saluran pembetung kami tidak disedut seperti sepatutnya.
“Seorang dua daripada mereka menyatakan bahawa rumah pam kumbahan untuk kawasan perumahan kami berada dalam keadaan teruk.
“Mereka mendapat tanggapan bahawa hartanah itu sudah lama tidak diselenggara kerana kawasan itu dipenuhi ‘lalang’ dan pagar perimeter dipenuhi tumbuhan menjalar.
“Memburukkan lagi keadaan, tiada bunyi mekanikal kedengaran dari dalamnya, sehingga membuatkan mereka tertanya-tanya sama ada peralatan di sana benar-benar berfungsi.”
Sukarnil mengakui dia sudah beberapa kali terpaksa mengupah tukang paip untuk membuka sumbatan paip kumbahan untuk rumahnya.
“Saya telah membelanjakan beberapa ribu ringgit untuk ini semata-mata untuk mendapat kelegaan sementara.
“Saya tidak faham kenapa saya perlu menanggung kos ini sejak awal, memandangkan saya membayar Majlis Daerah untuk tujuan ini.”
Dia berkata dia membayar agensi ini cukai saluran najis (kadar pembetungan) setiap suku tahun. Sukarnil berkata dia diminta menghubungi Jabatan apabila melaporkan masalah tandasnya kepada Majlis pada Februari.
“Kakitangan yang menyuruh saya melakukan ini, juga memaklumkan kepada saya bahawa Majlis telah menyerahkan tanggungjawab pengurusan pembetungan bagi kejiranan saya kepada Jabatan.
“Kalau begitu, kenapa Majlis masih mengutip cukai pembetungan daripada saya?”
Jurucakap itu mengakui bahawa Majlis mengenakan bayaran tersebut kepada pembayar kadar di Taman Sayang untuk menyelenggara pembetungan mereka.
Dia berkata tindakan telah diambil untuk menyelenggara tumbuhan di dalam dan di sekitar pekarangan STP, sejurus selepas Hotline menghubungi Majlis megnenai kejadian di kejiranan itu.
Apabila ditanya berapa kerap rumput dipotong, dia berkata ini dilakukan jika dan bila ia diperlukan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![[VIDEO] Pemimpin UMNO perlu tumpu pulih imej parti](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)