Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Bersempena MAHA 2024

LocalBusiness & Finance
12 Sep 2024 • 2:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) Bersempena MAHA 2024

PUTRAJAYA, 11 SEPTEMBER 2024 – Pertukaran 13 Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding, MOU) telah berjaya dilaksanakan melibatkan kerjasama strategik antara 10 syarikat dan institusi tempatan, serta 8 syarikat dari luar Negara.

Majlis ini telah diadakan bersempena dengan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2024.

Majlis Pertukaran MOU ini dilaksanakan bertujuan bagi mengoptimumkan platform MAHA 2024 sebagai salah satu ekspo pertanian terbesar di Asia Tenggara, dengan fokus untuk menggalakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan dalam dan luar negara.

Inisiatif ini merupakan salah satu komponen di bawah segmen MAHA Go Global, yang buat pertama kalinya diperkenal dan dilaksanakan dengan melibatkan penyertaan aktif pempamer dan pemain industri dari luar negara.

YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, telah hadir bagi menyaksikan dan menyempurnakan majlis pertukaran MOU tersebut.

Kerjasama yang terjalin meliputi pelbagai bidang utama termasuk perkongsian teknologi, pelaburan, dan perdagangan, khususnya dalam subsektor industri nanas, agroteknologi dan input pertanian. Nilai keseluruhan MOU yang dimeterai ini dianggarkan mencecah RM21.3 juta.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mensasarkan sejumlah RM6.0 bilion nilai potensi pelaburan dan perdagangan secara keseluruhanya melalui pelbagai kerjasama yang dijalin sepanjang MAHA 2024.

Melalui segmen MAHA Go Global di dalam MAHA 2024, yang berlangsung daripada 11 hingga 22 September 2024 di MAEPS Serdang ini akan menarik perhatian lebih ramai pelabur, usahawan, dan penggiat industri agromakanan dari dalam dan luar Negara.