Majlis Resepsi Tular, Musa Hassan Selamat Kahwini Wanita Bernama Qistina Lim

24 Sep 2023 • 6:15 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kembali menjadi sebutan warganet apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Qistina Lim.

Perkara itu dikongsikan seorang pengguna laman Facebook, Tuan Asmawi Tuan Umar sejak malam tadi dipercayai berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor malam tadi.

“Majlis resepsi Tan Sri Musa Hassan & Puan Sri Qistina Lim. Selamat pengantin baharu, semoga kekal bahagia hingga ke jannah,” tulisnya menerusi beberapa hantaran.

Menerusi perkongsian tersebut, Musa dilihat mengenakan sut manakala isterinya tampil dengan persalinan gaun, kedua-duanya sedondon berwarna putih.

Pasangan merpati dua sejoli itu juga dirakam memberikan ucapan penghargaan kepada semua pihak selain mendendangkan lagu Kharisma Cinta nyanyian Rio Febrian serta Margaretta.

Terdahulu, Musa didakwa mengalami pergolakan rumah tangga bersama isterinya Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil sebelum wanita itu memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 30 Mac lalu.

Susulan tular video pertelingkahan antara sepasang suami isteri, abang kepada pelakon Datuk Jalaluddin Hassan itu meminta orang ramai agar menghormati privasinya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved