Majoriti Rakyat Singapura & Malaysia Lebih Memilih Hibrid Berbanding EV

LocalCars
21 Oct 2025 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Trend pembelian kenderaan di Asia Tenggara menunjukkan corak yang menarik. Kajian Deloitte 2025 Global Automotive Consumer Study yang dilaporkan oleh The Business Times Singapore mendedahkan bahawa rakyat Singapura kini cenderung untuk memilih kenderaan hibrid berbanding kenderaan elektrik sepenuhnya (EV). Di Malaysia pula, fenomena yang sama berlaku yang mana kereta hibrid semakin mendapat sambutan walaupun kereta petrol dan diesel masih mendominasi pasaran.

image is not available

Kajian ini melibatkan lebih 6,000 responden merentasi enam pasaran Asia Tenggara, termasuk lebih 1,000 responden dari Singapura dan Malaysia, memberikan gambaran jelas mengenai pilihan kebanyakan pengguna di rantau ini.

Singapura Mendahului Minat Terhadap Model Hibrid

image is not available

Di Singapura, angka yang dicatatkan jelas menunjukkan peralihan minat ke arah model hibrid yang mana data mendedahkan 31% daripada rakyat negara tersebut merancang untuk menjadikan hibrid sebagai kereta seterusnya, hanya 12% sahaja yang menyatakan mereka akan memilih EV sepenuhnya. Sementara itu, 41% daripada responden pula masih memilih untuk kekal dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE).

image is not available

Deloitte menyatakan bahawa model hibrid dilihat lebih menarik kepada pembeli yang mahu menjimatkan kos bahan api dan mengurangkan emisi, tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada rangkaian pengecasan yang masih terhad.

Malaysia: ICE Masih Raja, Hibrid Mula Curi Tumpuan

Senario di Malaysia menunjukkan kisah yang serupa, di mana dominasi ICE kekal tidak tergugat buat masa ini. Majoriti besar, iaitu 62% pengguna masih memilih model ICE, 16% menunjukkan minat untuk mempertimbangkan kereta hibrid, hanya 8% sahaja yang akan memilih EV sepenuhnya, dan 9% pula berminat dengan model hibrid plug-in (PHEV).

image is not available

Secara umumnya, Deloitte mendapati minat terhadap EV masih ‘malap’ (muted) di kebanyakan pasaran Asia Tenggara. Walaupun begitu, Malaysia mencatatkan kadar minat terhadap hibrid (16%) yang kurang berbanding Singapura (31%), Filipina (18%) dan Thailand (17%).

Faktor Kos & Kebimbangan Penggunaan EV

Bagi pengguna di Singapura yang mempertimbangkan untuk beralih kepada EV, faktor utama adalah kos bahan api yang lebih rendah (62%), insentif kerajaan (48%) dan pengurangan kos penyelenggaraan (47%).

Namun begitu, kebimbangan terbesar masih menghantui bakal pembeli EV. Antaranya termasuk masa pengecasan yang lama (47%), kekurangan infrastruktur (44%) dan isu keselamatan berkaitan teknologi bateri (40%).

Generasi Muda Pengubah Trend

Kajian ini turut mendedahkan bahawa pengguna lebih muda di seluruh rantau mula memikirkan semula konsep pemilikan kereta peribadi. Ramai yang bersikap terbuka untuk tidak memiliki kenderaan peribadi, sebaliknya beralih kepada model Mobiliti-Sebagai-Perkhidmatan (MaaS) atau berasaskan langganan.

Walaupun kenderaan peribadi kekal sebagai mod pengangkutan utama di Asia Tenggara, peralihan ke arah elektrifikasi dan mobiliti perkongsian dijangka akan dipercepatkan dalam tahun-tahun mendatang seiring dengan perkembangan infrastruktur dan model pemilikan baharu.

View Original Article