Mak cik tua disebalik maskot arnab, netizen hiba doakan murah rezeki

LocalEntertainment
29 Dec 2024 • 1:52 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Mak cik tua disebalik maskot

Seorang mak cik tua disebalik maskot arnab telah menarik perhatian ramai apabila dirinya dirakam sewaktu sedang memakai topeng karakter kartun tersebut dan dikongsikan di media sosial.

Menerusi hantaran yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai amirulamer, dia telah memuat naik video sewaktu melihat seorang wanita yang sedang duduk sambil membetulkan maskot yang dipakai.

@amirulamer

Semoga murah rezeki selalu nek, semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki selalu #fyp #fyp

♬ original sound - officialnohsalleh - officialnohsalleh

Mak cik tua disebalik maskot, termenung ketika mahu pakai topeng

Dalam posting berkenaan, dia telah mendoakan supaya wanita terbabit dimurahkan rezeki dan berharap orang ramai dapat sentiasa bersyukur selepas melihat situasi yang agak menghibakan itu.

“Semoga murah rezeki selalu nek, semoga kita sentiasa dimurahkan rezeki selalu,” tulisnya ringkas.

Mak cik tua disebalik maskot, duduk di tepi laluan pejalan kaki

Video tersebut memaparkan mak cik berusia separuh usia itu duduk sambil membetulkan topeng maskot dengan sebuah tabung berada di hadapannya.

Orang ramai yang berada di kawasan berkenaan juga hanya lalu lalang melepasi mak cik terbabit yang berada di kawasan tepi laluan pejalan kaki.

image is not available

Patut usia macam ni berehat di rumah

Perkongsian itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mendoakan agar mak cik terbabit dimurahkan rezeki.

Mereka juga berasa kagum dengan usahanya dalam mencari rezeki walaupun usia sebegitu sepatutnya sudah tidak perlu keluar bekerja lebih-lebih lagi pada waktu malam dengan melakukan pekerjaan seperti itu.

image is not available

Tak pasti sama ada dia mencari rezeki atau mencari ketenangan

image is not available

Hancur hati lihat video macam ni

image is not available

Apalah kita yang muda kalau merungut ketika cari rezeki

image is not available

Walau bagaimanapun, tiada sebarang keterangan yang sahih berkenaan lokasi serta video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok itu.

Semoga rezeki mak cik berkenaan dipermudah dan terus diberkati oleh Allah S.W.T.

Sumber: TiKTok amirulamier

View Original Article