“Mak I Kerja Situ” – Tular Wanita ‘Show Off’ Rehat 3 Jam Hari Jumaat, Mengaku Dapat Kerja ‘Gomen’ Pakai Orang Dalam

24 Jan 2024 • 1:40 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Video dimuat naik seorang wanita di aplikasi TikTok mencuri perhatian ramai selepas dia berkongsi kelebihan pekerjaan yang dimilikinya kerana mempunyai masa rehat yang lama.

Berdasarkan video tersebut, wanita itu menunjukkan ‘POV’ pergi karaoke pada waktu rehat hari Jumaat setiap minggu kerana mempunyai tempoh tiga jam untuk itu.

 

Kerja mana kak?

Tertarik dengan kelebihan itu, ada yang bertanya kepada wanita tersebut syarikat tempatnya bekerja kerana mungkin berminat untuk mohon kerja.

Balas wanita tersebut, dia bekerja di pejabat kerajaan di Putrajaya dan memang meluangkan masa di pusat beli belah bersebelahan setiap kali waktu rehat.

image is not available

 

Macam mana nak apply? Oh, pakai ‘cable’

Apabila ditanya bagaimana cara untuk memohon kerja di pejabat tersebut, wanita itu dengan bangga menjawab dia menggunakan orang dalam untuk mendapat kerja di situ.

Menjawab lanjut, wanita berkenaan turut berkata orang dalam yang dimaksudkan membantunya mendapatkan kerja itu merupakan ibunya sendiri.

I sebab ada orang dalam. Sebab mak kerja situ.

image is not available

image is not available

 

Eh, dah padam?

Disebabkan videonya mencuri perhatian dan mendapat pelbagai komen, wanita berkenaan difahamkan sudah pun memadam hantaran itu di TikTok.

Namun, tangkap layar video serta komen warganet sempat dimuat naik oleh individu lain di aplikasi Twitter.

image is not available 1 year ago

Lelaki Bangga Ada 'Cable' Anggota Polis, Siap Tayang Abang Bantu Keluarkan Motor Dalam Balai