Mak-Mak Confirm Suka, Ini Cara Mudah Tanam 3 Jenis Bawang

FoodCooking
15 Dec 2024 • 2:44 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Mak-Mak Confirm Suka, Ini Cara Mudah Tanam 3 Jenis Bawang

Siapa yang tak suka masakan yang lengkap dengan aroma bawang?

Macam yang kita tahu, bawang memang bahan wajib dalam kebanyakan hidangan Malaysia, tak kira tumis sambal, sup, atau nasi goreng.

Tapi pernah tak rasa stres bila harga bawang naik mendadak?

Kalau ya, korang kena cuba cara yang dikongsi oleh pengguna TikTok @makngahevergreen ni.

Dalam video tu, dia tunjuk cara mudah tanam tiga jenis bawang, iaitu bawang Holland, bawang merah dan bawang putih.

Tanam sendiri di rumah bukan saja jimat, tapi seronok juga bila dapat tuai hasilnya sendiri.

Bahan-bahan yang diperlukan

Mudah je nak tanam bawang-bawang ni. Korang cuma perlukan:

  • Bawang Holland
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Tanah
  • Daun kering
  • Pasu
  • Air

Cara tanam bawang Holland & bawang merah

image is not available
Kredit: TikTok @makngahevergreen

Cara tanam bawang Holland dan bawang merah sangat mudah, hanya perlukan dua langkah:

1. Sediakan bawang: Kupas kulit bawang sehingga bersih dan potong sedikit bahagian atas bawang.

2. Tanam dalam pasu: Isi pasu dengan daun kering dan tanah, kemudian benamkan bawang ke dalamnya. Pastikan bahagian atas bawang terdedah dan jangan tutup sepenuhnya dengan tanah.

Daun bawang akan mula tumbuh dalam masa beberapa hari.

Nak guna daun? Potong saja.

Kalau nak bawang besar pula, biarkan daun kering dahulu sebelum tuai.

Cara tanam bawang putih

image is not available
Kredit: TikTok @makngahevergreen

Cara tanam bawang putih sedikit berbeza daripada bawang Holland dan bawang merah.

1. Bersihkan bawang putih: Buang kulit kering di luar tanpa meleraikan ulas bawang putih. Potong sedikit bahagian atasnya.

2. Rendam dalam air: Rendam bawang putih dalam air cetek selama lima hari. Tukar air setiap hari supaya kekal segar.

3. Tanam dalam pasu: Selepas lima hari, tanam bawang putih ke dalam pasu yang berisi tanah dan daun kering. Pastikan hanya daun yang terdedah di atas permukaan tanah.

Untuk semua jenis bawang ni, cukup siram bila tanah nampak kering je. Jangan siram berlebihan, nanti bawang boleh jadi busuk dan kurang elok.

Jadi, tunggu apa lagi? Bayangkan, setiap kali nak masak, korang cuma perlu ambil bawang atau daun bawang segar dari pasu sendiri. Rasa puas, kan?

Bukan tu je, tanam bawang sendiri ni ada banyak kelebihannya. Antaranya:

  • Mudah: Tak perlu tanah luas, pasu kecil pun cukup.
  • Jimat duit: Korang tak perlu lagi risau harga bawang naik.
  • Hobi yang seronok: Aktiviti berkebun boleh jadi terapi yang menenangkan.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.