Mak Michelle Yeoh Tak Tahu Anak Kahwin -“Mungkin Kejutan Buat Saya”

31 Jul 2023 • 10:47 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Ibu kepada pelakon popular, Tan Sri Michelle Yeoh iaitu Datin Janet Yeo mendedahkan dia tidak mengetahui anak perempuannya itu berkahwin dengan bekas Ketua Eksekutif Ferrari, Jean Todt, baru-baru ini.

Menurut laporan mStar, Janet memaklumkan sering menghubungi anaknya itu menerusi telefon bimbit namun, tidak pernah memberitahu mengenai perancangan perkahwinan.

image is not available

“Anak perempuan saya selalu menelefon saya tetapi dia tidak memberitahu saya mengenai perkahwinannya ketika kami bersembang menerusi panggilan telefon dua minggu lalu.

“Mungkin dia mahu memberi kejutan buat saya,” katanya.

image is not available

Bukan itu sahaja, dia turut berharap Michelle akan membuat majlis resepsi di Malaysia bagi meraikan perkahwinan yang terbina bersama keluarga dan sahabat.

“Jean melamar Michelle sudah banyak kali dan dia akan ketawa sambil berkata dia seronok dilamar… Jean sangat menyayanginya,” ujarnya.

Sekadar info, pasangan merpati dua sejoli itu telah menjalinkan hubungan percintaan sejak tahun 2004 dan berkahwin selepas 19 tahun mengenali hati budi masing-masing.

image is not available

Sumber: mStar