‘Mak nyah’ guna tandas awam? Wanita diminta betulkan tudung dalam surau

10 Jul 2023 • 10:17 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Isu mengenai golongan ‘wanita jadian’ sering menggunakan tandas wanita di tempat awam sedang hangat menjadi bualan ramai.

Mana tidaknya, sebelum ini tular ciapan mendedahkan golongan transgender ini menimbulkan rasa kurang senang apabila enggan keluar dan memberi ruang kepada wanita yang sedang memperbaiki tudung mereka di hadapan cermin tandas.

image is not available
image is not available

Boleh betulkan tudung di tempat lain seperti surau

Rentetan itu, terdapat seorang individu dikenali @hanabelie memuat naik ciapan dan meluahkan pandangan peribadinya mengenai isu tersebut.

Dalam ciapan tersebut, wanita berkenaan menyarankan para muslimah di luar sana untuk mencari tempat lain untuk ‘betulkan’ hijab mereka seperti di dalam surau.

“Awak boleh betulkan hijab di tempat lain dan mungkin di surau. Jangan buat drama,”ciapnya.

Memalukan agama saja..

Katanya lagi, sikap ‘dramatik’ pengguna muslimah lain sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang penganut agama lain.

Malah, ia tidak seharusnya menjadi kunci perbincangan kerana aurat seorang wanita juga tidak boleh dilihat oleh wanita bukan beragama Islam sekiranya mereka hendak membuka dan memperbetulkan tudung di tandas awam.

image is not available image is not available

Tahu tak cermin surau macam mana?

Bagaimanapun, ciapan dan bebenang tersebut mendapat reaksi negatif di kalangan warganet lebih-lebih apabila para wanita muslimah diminta menghormati pengguna tandas awam lain terutama golongan transgender.

Bukan itu sahaja, mereka mempersoalkan sama ada individu tersebut sedia maklum mengenai keadaan sebenar di dalam surau wanita termasuk saiz dan kuantiti cermin yang disediakan kepada pengguna.

image is not available image is not available

image is not available image is not availableimage is not available

Sumber: Twitter @hanabelie, @hnnhxhrmn