‘Mak paling rare.’ Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera bebel bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur

20 Oct 2022 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

‘Mak paling rare.’ Anak lelaki dekor majlis hari lahir, reaksi Shiera bebel bab sampah, 3 biji brownies bikin terhibur

SIAPA yang tidak kenal dengan pengacara dan penyampai radio terkenal, Sharifah Shahirah.

Mesra disapa Shiera, beliau baru-baru ini diraikan sempena hari lahirnya yang ke-48 tahun.

image is not available

Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan selebriti tersebut memasuki rumah sambil disambut anak-anak tersayang.

Rupa-rupanya, itu adalah kejutan istimewa buat dirinya daripada anak-anak bersempena hari lahir beliau.

image is not available

Lebih menarik lagi, anak lelakinya yang bernama Airell, bertindak sebagai perancang utama dekorasi untuk majlis tersebut.

Pun demikian, apa yang membuatkan ramai terhibur, Shiera membebel setelah mendapati ada sampah berupa plastik, straw minuman dan juga getah turut diletakkan bersama di atas meja hiasan.

image is not available

 

Lantas, beliau bertanyakan sama ada itu adalah sebahagian daripada dekorasi yang disediakan anaknya atau bagaimana?

Lebih melucukan, selain terdapat beberapa biji kek hari lahir, anak lelaki Shiera juga hanya meletakkan tiga biji brownies di ruangan cupcakes yang luas itu.

image is not available

Pun demikian, kesungguhan yang ditunjukkan anak lelaki penyampai radio dan suaminya, Ijoy Azhari mendapat pujian ramai.

Ramai yang menyifatkan Airell berbakat dalam bab mendekorasi.

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, berikut beberapa reaksi daripada warga maya:

” Tak boleh blah, tiga ketul brownies sahaja. Sakit perut gelak.”

“Berbakat anak bujang kak Rara ni.“

image is not available

”Wah, banyaknya kek. Baru nak hantar kek. Tak payahlah, saya belanja makan nanti. Happy birthday, have a good one.”

” Happy birthday beautiful, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.”

image is not available

“Lawa dekorasi ‘sampah’ tu. Mak-mak betul, habis diperiksa kan.”

Suka betul SinarPlus tengok keluarga Shiera ini. Penuh kasih sayang. Pasti anak-anaknya sudah terbiasa dan layan sahaja perangai ibu mereka yang suka membebel itu. Meriah satu rumah kan dengan gelagat lucunya itu.

Sumber: Instagram Shieraijoy

Layari portal SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami untuk info dan kisah penuh inspirasi

View Original Article