Adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas tampil dalam promosi produk lip matte jenama YSL Beauty di media sosial.
Penampilan Ameera dalam kempen tersebut bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi dan komen kritikan netizen yang mendakwa gaya ditampilkan terlalu seksi dan kurang sesuai.
View this post on Instagram
Malah, ada juga netizen yang mengaitkan isu itu dengan ibunya, Noor Kartini yang sebelum ini menjadi perhatian kerana menjual nasi ayam berharga RM26 sebekas.
“Bukan Mak Babey jual nasi ayam RM26 ke?? Yg babey jual lipmatte baru pulok doh,” tulis seorang netizen.
Selain itu, ada juga netizen yang meninggalkan komen seperti “Money can’t buy class” serta menyifatkan Ameera sebenarnya cantik namun berharap dia lebih menjaga penampilannya.

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir peminat yang mempertahankan Ameera dan menganggap penampilannya itu sekadar sebahagian daripada konsep kempen produk kecantikan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anak Sulung Noor Kartini Perjelas Sebab Jual Nasi Ayam RM26 - "Ada Ibu Tunggal, Warga Emas Yang Dibantu.."
The post “Mak Sibuk Jual Nasi Ayam, Anak Sibuk Jual..” – Ameera Khan Sekali Lagi Dikecam Terlampau Seksi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.




