Makan Aiskrim Dalam Kereta, Wanita Jijik Diekori Dan Diperhati Lelaki Tua

Entertainment
13 Oct 2022 • 12:44 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di TikTok mengenai gangguan seksual terhadap seorang wanita, apabila seorang lelaki tua memerhatikan dirinya yang sedang makan aiskrim di dalam kereta.

Perkongsian di TikTok itu telah menarik perhatian ramai, apabila rata-rata komen dari pihak netizen mengecam tindakan lelaki tua tersebut.

Tenung ke arah dalam kereta

image is not available

Perkongsian oleh akaun TikTok dengan username flwrbloom3, menceritakan bahawa dirinya sedang menikmati aiskrim di dalam kereta milik abang iparnya. Kemudian, seorang lelaki tua yang menaiki sebuah kereta Alza berada bersebelahan keretanya, sedang merenung tepat ke arah dirinya. Pengguna TikTok itu juga menceritakan bahawa dirinya telah diekori oleh lelaki tua itu selama 10 minit.

Ada yang pernah kena

image is not available

image is not available

image is not available

Di ruang komen juga turut dipenuhi dengan beberapa pengalaman yang sama dari netizen. Tak lupa, ada juga yang beri nasihat kepada wanita terutamanya dalam isu keselamatan wanita dalam kenderaan. Semoga individu yang membuat gangguan seksual terhadap orang lain ini diberi hukuman yang setimpal.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.