Makan bubur asyura guna tempurung, daun nanas

LocalFood
20 Jun 2026 • 9:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Makan bubur asyura guna tempurung, daun nanas
Setiap kali sambutan tahun baharu hijrah, penduduk di Kampung Padang Hangus, Pasir Mas meneruskan tradisi mengacau bubur asyura dan uniknya mereka masih mengekalkan tradisi makan hidangan itu menggunakan daun nanas dan tempurung kelapa.
Image from: Makan bubur asyura guna tempurung, daun nanas
Makan bubur asyura menggunakan tempurung, daun nanas mengundang nostalgia lama.
Image from: Makan bubur asyura guna tempurung, daun nanas
Walaupun kos untuk menghasilkan sekawah bubur asyura sudah meningkat dua kali ganda, namun aktiviti itu masih diteruskan di Kampung Padang Hangus, Pasir Mas setiap kali sambutan tahun baharu Islam.
Image from: Makan bubur asyura guna tempurung, daun nanas
Daun pisang digunakan sebagai alas untuk membangkitkan lagi aroma bubur asyura.
Image from: Makan bubur asyura guna tempurung, daun nanas
Golongan kanak-kanak turut serta dalam program mengacau bubur asyura.
Image from: Makan bubur asyura guna tempurung, daun nanas
Selain mempertahankan tradisi dan menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW yang menjadi simbolik kepada permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam, ia juga peluang kepada penduduk mengeratkan silaturahim.
Image from: Makan bubur asyura guna tempurung, daun nanas
Golongan muda tidak ketinggalan membantu menyediakan bahan-bahan untuk membuat bubur asyura.
Image from: Makan bubur asyura guna tempurung, daun nanas
Penduduk menyediakan daun nanas untuk digunakan sebagai sudu semasa menikmati bubur asyura.

PASIR MAS - Setiap kali sambutan tahun baharu hijrah, penduduk di Kampung Padang Hangus di sini meneruskan tradisi mengacau bubur asyura dan uniknya mereka masih mengekalkan tradisi makan hidangan itu menggunakan daun nanas dan tempurung kelapa.

Ia sekali gus menggamit memori dan memberi peluang kepada generasi muda untuk melihat serta merasai sendiri situasi tersebut.

Pengerusi Masjid Iktikaf Haji Mahmood Kampung Padang Hangus, Dollah Awang Husin berkata, zaman dahulu tempurung dijadikan sebagai mangkuk, manakala daun nanas pula dijadikan sudu.

**media[3556551]**

"Kemudian kita akan alas tempurung itu dengan daun pisang di mana ia akan membangkitkan lagi aroma bubur asyura tersebut.

"Cara makan sebegini semakin dilupakan, namun kami masih mempertahankan tradisi ini supaya generasi muda dapat mewarisinya," katanya kepada Sinar Harian.

**media[3556555]**

**media[3556557]**

Menurut beliau, walaupun kos untuk menghasilkan sekawah bubur asyura sudah meningkat dua kali ganda, namun aktiviti itu masih diteruskan.

Katanya, kos pembuatan bukan penghalang kerana ia disumbangkan oleh penduduk setempat.

**media[3556553]**

**media[3556558]**

Tambah Dollah, tahun-tahun sebelum ini sekawah bubur asyura hanya menelan belanja sekitar RM400 hingga RM500, namun kini ia mencecah sehingga RM800.

"Ini kerana bahan asas utama pembuatan juadah ini iaitu santan naik sehingga RM18 sekilogram, belum termasuk lagi gula melaka, kacang, daging, ayam serta rempah ratus.

**media[3556554]**

**media[3556556]**

"Kami berharap generasi muda dapat mempertahankan tradisi ini selain menghayati peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW yang menjadi simbolik kepada permulaan tahun baharu dalam kalendar Islam," katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved