Makan dengan ‘amma’ jadi isu? Akmal Saleh jawab -“Panas tidak mengapa, tapi jangan koyak”

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 4:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Makan dengan ‘amma’ jadi isu? Akmal Saleh jawab -“Panas tidak mengapa, tapi jangan koyak”

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh tampil menjawab kritikan susulan perkongsiannya ketika berkunjung dan menjamu selera bersama seorang wanita yang dipanggil ‘amma’ sempena Deepavali.

Kunjungan tak dibuat semata-mata perayaan sahaja

Menerusi kenyataan di media sosial, beliau mendakwa hubungan dengan wanita berbangsa India berkenaan dan keluarganya sudah terjalin sejak sekian lama, malah sebelum dirinya bergelar wakil rakyat.

Menurut Akmal, kunjungan tersebut bukan dilakukan semata-mata ketika musim perayaan atau menjelang pilihan raya kerana beliau sudah beberapa kali berkunjung ke rumah keluarga berkenaan sebelum ini.

Dah banyak kali datang rumah

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa kunjungan bersama amma bukan kali pertama dilakukan, selain pernah berkongsi video kunjungan terdahulu di Facebook.

“Sebelum ni dengan cekodok dan rojak mereka kepanasan,kali ni dengan amma pula,” tulisnya sambil meminta penduduk Merlimau berkongsi pengalaman mereka untuk menjelaskan sama ada tindakannya itu hanya bermusim atau sudah dilakukan sejak dahulu.

Tak mampu buat baik, jangan halang orang lain buat baik

Dalam masa sama, Akmal turut membandingkan tindakannya dengan pemimpin lain yang didakwa hanya mendekati masyarakat menjelang pilihan raya.

Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menghalang usaha melakukan kebaikan.

“Kalau kita tidak mampu buat kebaikan,jangan halang orang berbuat kebaikan,” katanya.

Mengakhiri kenyataan tersebut, Akmal turut menyindir pihak yang kurang senang dengan tindakannya menerusi pesanan ringkas, “Panas tidak mengapa,tapi jangan koyak ” ujarnya.

Sebelum ini, Akmal sempat berkongsi video datang berkunjung ke rumah keluarga berbangsa India bersempena Deepavali.

Apa yang menarik perhatian, beliau terus sahaja meluru ke bahagian dapur rumah keluarga terbabit sambil sama-sama menikmati juadah perayaan.

Mereka juga kelihatan cukup akrab dan berbual mesra sepanjang video yang dikongsikan.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved