
Durian merupakan antara buah-buahan tempatan yang sering menjadi kegemaran dan pilihan ramai.
Namun, ada segelintir peminat durian mempunyai tabiat yang berbeza dengan sesetengah orang iaitu menikmati buah tersebut menggunakan sudu.
Walaupun kedengaran pelik bagi segelintir individu, hakikatnya memang wujud orang sebegitu.
Awie Kantoi Makan Durian Pakai Sudu Dengan Roy Azman
Siapa sangka, penyanyi rock legenda tanah air dari kumpulan Wings, Datuk Awie merupakan antara individu yang menggunakan sudu ketika menikmati durian.
Perkara itu didedahkan oleh pelakon Roy Azman menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @thisisroyazman.
Melalui video tersebut, kelihatan Awie memegang seulas durian menggunakan sudu untuk dinikmati olehnya.
Tindakan penyanyi yang popular dengan lagu Nur Nilam Sari secara spontan membuatkan Roy serta beberapa rakannya yang lain ketawa.
“Entah Melayu mana lah yang makan durian guna sudu ini,” kata Roy sambil ketawa besar.
Malu Lepas Kantoi Makan Durian Guna Sudu
Sedar dirinya dirakam, Awie kemudiannya dilihat memusingkan belakang badan bagi menikmati durian tersebut.
Namun, sekali lagi ia sempat dirakam oleh Roy yang kedengaran tidak henti-henti mentertawakannya.
“Malu orang tengok kita. Jangan cerita dekat orang,” kata penyanyi itu.
Difahamkan, Awie dan Roy Azman bersama-sama menyertai konvoi Wings Motor Gang Society (WMGS) menuju ke sebuah kenduri.
1st time tengok camni wooo haha 🤣 #wmgs #wmgsasean #wmgskl @awiealpamalo
Gelagat Awie Buat Pengguna Media Sosial Terhibur
Video yang telah mendapat tontonan lebih 2.6 juta itu nyata menarik perhatian pengguna TikTok. Kebanyakan daripada mereka terhibur melihat gelagat pelakon itu yang tanpa henti mengusik Awie.
Malah, ada yang tidak menyangka figura rock berkenaan menikmati buah durian dengan cara sebegitu.
Apa yang turut menjadi perhatian adalah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut meninggalkan komen dan menyatakan bahawa dirinya juga turut makan durian menggunakan sudu.
Tips Tak Nak Bagi Tangan Berbau Bila Makan Durian
Biasanya, orang memilih untuk menggunakan sudu ketika menikmati durian disebabkan tak mahu tangan mereka berbau.
Namun, peminat durian boleh menghilangkan bau yang kurang menyenangkan itu dengan melalukan air pada kulit durian ketika membasuh tangan.
Kaedah ini dipercayai mampu mengurangkan bau buah tersebut selepas menikmatinya menggunakan tangan.
Petua hilangkan bau kat tangan bila lepas makan durian.Boleh share #kambingperapkitagi
Posted by Kitagi HQ on Friday 27 July 2018
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Saya Pun Makan Durian Dengan Sudu Garfu Kerana Tak Nak Jari Bau Durian”

“Ni Makan Durian Pakai Sudu, Tak Pernah Dibuat Orang”

“Kalau Tak Mahu Tangan Bau, Basuh Tangan Guna Duri Durian”

“Tapi Betul La, Tangan Kalau Dah Lekat Bau Durian, Esok Baru Hilang”

“First Time Tengok Orang Makan Durian Guna Sudu”

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Bahan Terbaik Untuk Hilangkan Bau Durian Dengan Cepat. Penggemar Raja Buah Wajib Tahu!
Baca Artikel Berkaitan: Aksi Azah Aziz Makan Durian Guna Plastik Nampak Macam Orang Mexico Bukan Melayu
Source:



