“Makan Lobster Berjalan Luar Negara Ada Duit, Nafkah Anak Takde Duit Nak Bayar!” – Bekas Isteri Selar ‘Perangai Busuk’ Boss Kay

Entertainment
7 Nov 2023 • 12:34 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laman TikTok baru-baru ini, video memaparkan bekas isteri guru TikTok, Boss Kay iaitu Cik Pia meluahkan rasa marah terhadap lelaki tersebut yang culas membayar nafkah anak telah mencuri perhatian ramai.

Cik Pia mendedahkan bahawa Boss Kay tidak membayar nafkah anak-anak dan membiarkan dirinya menanggung semua hal mengenai anak-anak mereka.

Makan lobster berjalan luar negara buat live sana sini ada duit, dalam mahkamah kata tak mampu nak bayar nafkah!”

Hal itu sememangnya membuatkan Cik Pia berasa kesal, lagi-lagi bekas suami boleh saja papar kehidupan ‘mewah’ bercuti sana-sini sambil membuat live bersama isteri, Tash Yong.

Hati saya mungkin tak macam korang, sebab hati saya ni nak tuntut hak anak-anak sebab aku dah terlalu baik sebelum ni!

Kata Cik Pia lagi, dia bersuara mengenai hal ini kerana sedar ramai lagi kaum ibu-ibu yang teraniaya dan lalui perkara sama seperti yang sedang dilalui olehnya ketika ini.

Sekadar info, Boss Kay sebelum ini teruk dikecam ramai susulan tular klip video dirinya melafazkan talak terhadap Cik Pia dan menjadikan ia sebagai ‘hadiah’ ulang tahun buat wanita terbabit.

image is not available 8 months ago

"Saya Tak Bagi Dekat Orang Lain.." - Boss Kay Kesal Video Lafaz Talak Tersebar Di Media Sosial Padahal Hantar Melalui WhatsApp