Makan Sampai Puas, Nikmati Makanan Unlimited Di Santai Steamboat And Grill Kuching

19 Nov 2023 • 11:17 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Steamboat & Grill best di Kuching

Makan Sampai Puas, Nikmati Makanan Unlimited Di Santai Steamboat And Grill Kuching. Untuk artikel kali kami ingin sarankan anda untuk cuba port setamboat & grill yang padu dan digemari ramai penduduk tempatan di Kuching.

Terletak di Jalan Batu Kawa seberang MJC, Santai Steamboat And Grill ini menyediakan pelbagai perapan ayam, daging, kambing, ikan kemudian ada juga udang, ketam, makanan sejuk beku kegemaran ramai seperti sosej, tofu cheese, nugget, sayur-sayuran, mi, nasi, aiskrim paket dan banyak lagi.

image is not available
Makan Sampai Puas, Nikmati Makanan Unlimited Di Santai Steamboat And Grill Kuching. Kredit gambar: FB Santai Steamboat & Grill Pines Square

image is not available
Kredit gambar: FB Santai Steamboat & Grill Pines Square

Ada daging wagyu

Di Santai Steamboat & Grill Kuching mereka menghidangkan aneka pilihan makanan mentah yang siap di perap semalaman menggunakan resepi asli mereka sendiri. Apa istimewanya di sini, anda boleh menikmati daging wagyu sepuas hati dengan hanya RM39.90 (sementara stok masih ada).

Untuk musim perayaan pula, Santai Steamboat And Grill Kuching akan menyediakan menu-menu istimewa mengikut perayaan, seperti Hari Raua , bulan Ramadhan , Christmas, Gawai Dayak dan tahun baru Cina.

image is not available
Kredit gambar: FB Santai Steamboat & Grill Pines Square

image is not available

Harga berpatutan

Untuk harganya pula, anda jangan risau kerana ianya amat berpatutan. RM 35.90 sahaja untuk seorang dewasa dan anda boleh menikmati makanan unlimited sehingga kenyang!

Tunggu apa lagi bawalah keluarga, rakan-rakan serta orang tersayang untuk menjamu selera di Santai Steamboat And Grill Kuching yang terletak di Pine Square MJC, Jalan Batu Kawa, Kuching ini.

Maklumat penting

Lokasi: Santai Steamboat And Grill Kuching, Pine Square MJC, Jalan Batu Kawa Kuching.

Waktu operasi: buka setap hari dari jam 3.30 petang hingga 11 malam

Nombor telefon: 012-885 5636

Lagi port makan menarik di Kuching untuk anda cuba di sini:

https://www.iloveborneo.my/port-nasi-briyani-paling-legend-di-kuching-nikmati-keenakan-sajian-istimewa-ini-di-buhari-cafe-satok/

https://www.iloveborneo.my/6-senarai-kedai-sup-padu-di-kuching/

View Original Article