Makan Separuh Genggam Nasi Putih, Sukat Makanan Pakai Penimbang Rahsia Noor Nabila Kekal Langsing

18 Jan 2024 • 10:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kakak kepada selebriti terkenal Noor Neelofa, Noor Nabila yang semakin ‘mendunia’ dengan program memasak di YouTube bersama rakan, Rosix Omar ada mendedahkan tips untuk kekal langsing meskipun usia sudah mencecah 40 tahun.

‘Rahsia’ itu dicungkil Rosix dalam satu video TikTok di mana dia menyatakan bahawa bekas isteri kepada Engku Emran itu menyukat lauk pauk yang ingin dijamah menggunakan penimbang elektronik.

Timbang lauk 100 gram satu hidangan

Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni, dia makan kena ada penimbang.

Malah, Nabila turut menunjukkan demonstrasi menimbang lauk yang disukat setakat 100gram.

@rosixomar25

Citer sini hbs sini!! Mkn2 dgn Miss Bell!! #rosixomar

? original sound – Rosixomar – Rosixomar

Kata Rosix lagi, rakannya itu sering mengajaknya makan-makan namun Nabila hanya menjamah sedikit sahaja sebagai alas perut.

Dia kena timbang berapa banyak dia makan, ni masalah negara aku pun tak faham. Kejap lagi dia suruh kita makan banyak-banyak, dia pula timbang.

Terlihat juga makanan di atas pinggan Noor Nabila yang mempunyai sedikit sambal, sayuran serta separuh genggam nasi putih.

Netizen puji disiplin jaga pemakanan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tahap disiplin ibu tunggal anak satu itu yang sentiasa menjaga kuantiti makan suku-suku separuh bagi mencapai gaya hidup yang sihat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 20 hours ago

"Apalah Perasaan Isteri Shukri Tengok Babak Ni.." - Babak 'Bilik Mandi' Drama Layang-Layang Perkahwinan Undang Kecaman Netizen?