
Pelayan memesan lobster berat 1kg tanpa maklumkan kepada pelanggan terlebih dahulu.
Makanan Cecah Lebih RM1K Di Restoran Seafood Sabah, Ini Penjelasan Pelanggan Enggan Bayar Penuh. Isu yang diviralkan oleh salah sebuah kedai seafood di Kota Kinabalu berkenaan ‘sebuah keluarga’ yang enggan membayar baki bil telah menarik perhatian ramai.
Pihak restoran mengemukakan dakwaan melalui laman Facebook, manakala keluarga berkenaan pula telah memberikan penjelasan bagi pihak mereka.

Pihak restoran dakwa pelanggan ini enggan bayar penuh dari jumlah makanan yang dipesan
Restoran berkenaan telah memuat naik sebuah hantaran di Facebook semalam, mengenai sebuah keluarga yang tidak membayar bil penuh.
Mengikut restoran, keluarga berkenaan hanya membayar RM400 dari jumlah bil RM1,102.20. Pihak restoran mendakwa bahwa keluarga itu enggan membayar kerana mereka mendakwa bahawa harga adalah terlalu mahal.

‘Cerita yang di post ini tidak benar dan tidak sepenuhnya di ceritakan dan menjadikannya kelihatan seolah-olah kami yang salah.’
Salah seorang dari pihak keluarga tersebut tampil memberi penjelasan menerusi hantaran di Facebook. Menurut mereka, pihak restoran tidak memberikan maklumat yang cukup mengenai harga makanan yang dipesan.
Mereka turut mendakwa bahwa pelayan dari restoran tersebut adalah yang mencadangkan jenis makanan dan saiz yang harus dipesan. Selain itu, mereka juga mendakwa bahawa idea pembayaran 50/50 adalah cadangan dari pihak restoran sendiri, dan mereka telah membayar sejumlah wang sebagai tanda bersetuju dengan cadangan tersebut.
Pelanggan tersebut turut muatnaik rakaman video di mana pekerja di restoran itu sendiri menyatakan idea pembayaran 50/50.

Isu ini membuka pelbagai persoalan mengenai etika perniagaan dan tanggungjawab antara peniaga dan pelanggan. Apa yang jelas, komunikasi yang baik dan transparan antara kedua-dua pihak adalah kunci untuk mengelakkan salah faham yang boleh membawa kepada reputasi negatif bagi kedua-dua pihak.

