Makanan Eksotik Sarawak, Lembaga Fatwa Sarawak Keluarkan Hukum Makan Ngoang

25 Nov 2023 • 2:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ngoang ini merupakan hidangan eksotik di Sarawak

Makanan Eksotik Sarawak, Lembaga Fatwa Sarawak Keluarkan Hukum Makan Ngoang. Ngoang atau mud lobster merupakan sejenis lobster lumpur kala jengking yang boleh dijumpai di kawasan lumpur paya bakau. Dikenali dengan ciri-ciri bentuk tubuhnya yang unik dan rasa dagingnya yang lembut, ngoang menjadi hidangan eksotik di Sarawak.

Dikategorikan sebagai hidangan eksotik, ramai netizen berdebat mengenai hukum makan Ngoang. Hal ini kerana haiwan ini bersifat dua alam (boleh tinggal di darat dan laut), maka ia dikatakan haram untuk di makan.

image is not available
Makanan Eksotik Sarawak, Lembaga Fatwa Sarawak Keluarkan Hukum Makan Ngoang

Ini keputusan Lembaga Fatwa Sarawak

Dalam satu keputusan yang dikeluarkan baru-baru ini, Lembaga Fatwa Sarawak menyatakan bahawa hukum memakan ngoang adalah HARUS, dan ianya diperbolehkan untuk umat Islam menikmatinya.

Keputusan ini adalah hasil kajian teliti dan perbincangan yang melibatkan para ulama dan pakar makanan tempatan.

Ngoang ini banyak dijumpai di Sarawak dan ngoang ini sering dijadikan sumber protein oleh penduduk tempatan. Rupanya seakan-akan udang tetapi rasanya dikatakan lebih kepada isi ketam.

Baca artikel berkaitan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/keenakan-tersembunyi-disebalik-busut-kenali-makanan-eksotik-ngoang-atau-lobster-sarawak/

https://www.iloveborneo.my/benarkah-makanan-eksotik-borneo-ulat-mulong-haram-dimakan/

View Original Article