“Makanan Pun Nak Buat Kasta Ke? Terpaling T20” – Individu Dikecam Ejek B40 Pasal Cara Masak Char Koay Teow

Food
22 Aug 2023 • 3:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Zaman sekarang ini, ramai gemar menonton video di Instagram atau TikTok yang mempromosikan pelbagai jenis masakan daripada budaya yang berbeza.

Sudah tentu setiap orang mempunyai makanan kegemaran dan citarasa yang berbeza namun ada pula yang bergaduh mulut di media sosial kerana hal itu.

Menerusi video baru dimuat naik di Instagram page ini, seorang individu telah diserang oleh ramai warganet lain kerana mulutnya yang lantang.

Video tersebut mempamerkan sebuah gerai yang menjual char koay teow dan koay teow basah di Shah Alam yang diusahakan peniaga Melayu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KL Foodie (@kl.foodie)

Individu tersebut menegur tentang udang yang didakwa terlebih masak namun dia menyelar warganet lain yang tidak sependapat dengannya.

Malah, dia turut mengutuk orang lain itu mempunyai citarasa B40 hanya kerana mereka tidak kisah dengan udang yang dimasak terlalu lama.

Citarasa B40, mestilah ok.”

Komen itu mengundang banyak kritikan daripada warganet lain yang berkata dia tidak sepatutnya menbabitkan isu itu dengan taraf kehidupan seseorang.

image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, sesetengah individu mempunyai pendapat yang sama dan mengatakan char koay teow asal dari Pulau Pinang tidak dimasak begitu.

Namun, sesetengah warganet pula berpendapat ia tidak perlu diperbesarkan sebaliknya kita perlu meraikan setiap makanan yang ada di Malaysia.

Raikan perbezaan. Kita patut berbangga kalau orang guna budaya kita untuk sesetengah masakan. Gaduh buat apa? Nikmati makanan itu.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 months ago

Netizen 'Kembang Tekak' Tengok Peniaga Guna Bekas Tong Sampah Letak Sos Celup Ayam Percik - "Bagi Free Pun Aku Takmau"