Makanan sejuk beku diragui status halal dirampas di Sandakan

29 Sep 2023 • 1:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SANDAKAN: Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Veterinar berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku yang diragui status halal bernilai RM2,722,604 dari sebuah premis di kawasan Perindustrian Ringan BDC di sini, Rabu lepas.

Rampasan itu, terbesar tahun ini, dilakukan selepas risikan dijalankan oleh Biro Jenayah Hidupan Liar /Perisikan Siasatan Khas (WCV/PSK), Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) dan Briged Sabah Pasukan Gerakan Am (PGA) bersama Jabatan Veterinar Sandakan.

Timbalan Pengarah (Gerakan) JKDNKA, Bukit Aman, Dato Mohd Hishamudin Tahar, berkata kejayaan rampasan tersebut sekaligus membanteras sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku yang bergiat aktif di negeri ini.

“Kita telah melakukan beberapa kali serbuan di lokasi tersebut dan memeriksa sembilan individu yang terdiri daripada lima lelaki dewasa warga tempatan dan empat lelaki dewasa warganegara asing.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Dalam pada itu, kita juga berjaya merampas 9,782 kotak mengandungi pelbagai bahagian ayam seperti sayap, paha dan dada yang dipercayai diimport dari kilang tidak diiktiraf dan tiada sijil halal iaitu dari China, Australia, Denmark dan Poland,” katanya.

Beliau menambah, siasatan lanjut akan dijalankan dengan teliti seperti menyiasat pemalsuan dokumen dan prosedur import eksport agar perkara sedemikian dapat dielakkan.

“PDRM melalui JKDNKA sentiasa komited dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan barangan tidak bercukai kastam serta penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi agar hasil negara sentiasa dilindungi dan terpelihara.

“Operasi bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan yang lain akan diteruskan dari semasa ke semasa. Namun, penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat kepada pihak polis amatlah digalakkan agar kegiatan jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau barang rampasan di premis tersebut pada Khamis. Turut hadir, Pengarah Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah, Dr. Normah Yusop.

Sementara itu, Normah berkata, pihaknya telah mengesan lokasi tersebut sejak tahun lalu kerana premis tersebut turut mempunyai pusat penyembelihan.

Difahamkan, penjualan daging ayam sejuk beku yang diragui status halal itu dipasarkan untuk kegunaan tempatan dan Filipina.

Kes tersebut disiasat di bawah Enakmen Haiwan 2015.

Untuk rekod, bagi tempoh Januari hingga September 2023, WCV/PSK telah berjaya melancarkan sebanyak lapan (8) serbuan di negeri Sabah dan dua (2) serbuan di negeri Sarawak terhadap kumpulan sindiket penyeludupan barangan makanan sejuk beku dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM44,281,391.70.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.