Makanan Viral Patut Cuba Bila Dah Sampai 7-Eleven Thailand, Jom Healing!

Food
4 Oct 2023 • 9:52 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebut je Thailand, mesti pencinta makanan akan teringat pelbagai menu lazat di sana. Antara makanan popular adalah tom yum goong, pad thai, somtam, green curry dan pulut mangga.

Sampai ada yang sanggup melancong dua tiga hari je semata-mata nak lepaskan gian makan puas-puas di negara gajah putih itu tau.

Selain makanan street food, kedai serbaneka 7-Eleven pun antara lokasi ‘wajib’ singgah kaki travel apabila sampai ke Thailand.

Mana tidaknya, 7-Eleven menyediakan pelbagai pilihan makanan ready to eat yang sedap! Jom check it out!

1. Minuman Arabus

image is not available
Kredit foto: wanderlustdj

Bila dah sampai ke 7-Eleven, korang dicadangkan untuk segera ke bahagian minuman dan cari air jenama ini. Ianya datang dengan empat perisa iaitu mocha, latte, espresso dan caramel. Memang recommended!

2. Susu Meiji

image is not available
Kredit foto: wanderlustdj

Memang tak sah ke Thailand jika tak menikmati minuman bersusu daripada Meiji. Ini bukan setakat budak-budak je suka, orang tua pun boleh teringat-ingat. Antara perisa yang menjadi pilihan ramai adalah pisang, strawberi dan coklat.

3. CP Burger

image is not available

image is not available

image is not available
Kredit foto: TikTok @aqishhhhhh__

Sesiapa yang pernah makan burger segera ini mesti automatik teringat kesedapannya, kan? Burger jenama ini memang paling popular di 7-Eleven, sampai ada yang borong bawa balik rumah.

Burger yang paling laku keras adalah Double Chicken & Cheese, Spicy Chicken dan Blackpepper. Apa yang penting, pastikan pilihan burger korang ada tanda halal tau!

4. Kudap-kudapan

image is not available

Lagi satu, ramai juga dalam kalangan kaki travel yang memuji kopi mesin di 7-Eleven. Katanya memang lain daripada yang lain dan tak ada di Malaysia.

Korang juga boleh cuba jajan jenama Lays dan jeruk buah mempelam yang digilai ramai.

6. Pelbagai pilihan sosej

image is not available
Kredit foto: gothai.my

Sosej pun sedap di Thailand ni tau, memang tak rugi cuba makanan-makanan popular di kedai serbaneka ni. Pendek kata memang tak sempat lapar. Jom healing!

Kredit: TikTok | Go Thai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article