Makanan Western Lazat Di Kuching, Portico Restaurant Tawar Pelbagai Menu Menarik Untuk Anda

15 Mar 2023 • 1:49 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Makanan barat best di Kuching.

Makanan Western Lazat Di Kuching, Portico Restaurant Tawar Pelbagai Menu Menarik Untuk Anda. Kalau anda masih lagi tak tahu nak makan di mana di Kuching, apa kata kali ini anda cuba restoran yang menghidangkan makanan western on point pula.

Terletak di Park Lane, Kuching Portico Restoran menawarkan pelbagai menu makanan barat dan ada juga menu fusion yang menarik di sini.

image is not available
Makanan Western Lazat Di Kuching, Portico Restaurant Tawar Pelbagai Menu Menarik Untuk Anda. Sumber foto: FB Portico Restaurant

image is not available
Sumber foto: FB Portico Restaurant

Antara menu menarik yang anda boleh cuba di sini adalah, Wild Mushroom Soup, Seafood Bouillabaisse Soup, Smoked Duck Pizza, Triple Cheese Pizza, Cheezy Prawn Spaghetti, Spicy Tuna Aglio Olio, T-Bone Steak, Grilled Lamb Rack, Parmigiana Chicken dan banyak lagi. Di sini juga ada menu Vegetarian.

Hidangan platters juga ada di sini seperti Mix Grilled Platter, Grilled Fish Platter dan juga Seafood Platter. Untuk minuman pula, ada pelbagai minuman yang disediakan di sini daripada Kopi sehingga Smoothies buah -buahan segar yang anda boleh pilih.

image is not available
Sumber foto: FB Portico Restaurant

image is not available
Sumber foto: FB Portico Restaurant

Suasana selesa dan tenang

Suasana dalam restoran ini yang tenang dan selesa juga akan membuatkan anda boleh menikmati makanan dengan lebih bagik lagi.

Selain boleh makan bersama orang tersayang restoran ini juga sesuai untuk dijadikan tempat untuk mengadakan majlis keramaian atau mesyuarat bersama rakan sekerja.

Beroperasi dari jam 12 tengah hari hingga 11 malam, tunggu apa lagi jika anda ingin menikmati makanan barat yang enak di Kuching, singgahlah ke Portico Restaurant ini.

Lagi tempat makan menarik di Kuching untuk anda di sini: