
Makcik viral di Segaliud, mempunyai ‘vibes’ yang pelik, tiba-tiba muncul di Sandakan
‘Makcik Ni Punya Aura Memang Lain Macam’, Makcik Viral Sudah Sampai Di Sandakan. Satu hantaran tular apabila seorang individu memuat naik video mengenai seorang makcik yang viral di Segaliud, tiba-tiba muncul di Sandakan.
Menerusi perkongsiannya di laman TikTok itu, individu tersebut menyatakan bahawa makcik itu mempunyai ‘slang’ bercakap macam orang semenanjung, bahkan mempunyai aura yang mengerikan.

Mempunyai slang semenanjung
“Ya memang betul beliau punya slang macam orang semenanjung. Bukan nak cakap buruk, tapi makcik ni punya aura memang lain macam.
“Bila berdepan atau bercakap dengan makcik ni, rasa macam tak sedap hati. Makcik ni berjalan dan meminta sedekah dengan orang,” ujarnya di laman TikTok miliknya.
Bukan itu sahaja, individu tersebut juga berkata, ‘vibes’ makcik itu memang pelik kerana kelihatan di dalam video itu dia berdiri lama dalam keadaan hujan renyai.
“Tapi memang pelik lah lah, boleh dia berdiri lama macam tu dalam keadaan hujan renyai, lama pulak dia berdiri tu,” katanya lagi menerusi kapsyen di TikTok tersebut.

Pelbagai reaksi dari netizen, ada yang sempat berseloroh
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata netizen menyatakan bahawa pernah jumpa makcik itu di Segaliud dan tidak menyangka makcik itu sudah sampai di Sandakan.
Bahkan, ada juga yang menceritakan kisah ngeri dan seram bersama makcik tersebut, serta ada juga menasihatkan untuk berhati-hati kerana takut makcik itu pandai memukau orang.
Macik Yang viral kata d sagaliut tu sudah Sampai D sandakan , Ya mmng betul beliau punya sleng mcm orang smnnjung . Bukan mahu cakap buruk yaa tpi macik ni punya aura mmng lain macam, sbb bila berdepan dan becakap dgn dia tu rsa mcm tidk sedap Hati, macik ni bjln jln dn meminta sedekah dgn orang. Tpi mmng pelik lah boleh dia berdiri lama bgtu dalam keadaan hujan renyai , Lama pulak dia berdiri tu #fyp #fypシ #abangoyen #sabahan #CapCut
Dalam pada itu, segelintir netizen turut mengatakan untuk bersangka baik sahaja kepada makcik itu. Sementara itu, ada juga yang berseloroh kemungkinan makcik itu mahu jelajah seluruh Sabah.

![“Ayah kerja jauh untuk cari rezeki” – [VIDEO] Anak Hampir Tak Kenal Ayah Sebab PJJ](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)

