Maki Hamun Pembuat Soalan Dan Hina Singapura, 2 Pelajar SPM Ditangkap Polis

26 Feb 2023 • 9:23 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular satu video di Facebook dan TikTok memaparkan dua orang pelajar yang meluahkan rasa tidak puas hati selepas menjawab kerta soalan Sejarah SPM.

Setelah tular di serata platform media sosial, difahamkan dua pelajar berkenaan telah pun ditahan oleh pihak polis dan dfiahamkan, mereka ditahan selepas menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun.

Pelajar itu turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pembuat kertas soalan dan menghina Singapura.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata telefon bimbit iPhone 11 telah dirampas dan ujian saringan air kencing mereka juga dikatakan negatif serta tiada rekod lampau.

Tambahnya lagi, beliau meminta orang ramai untuk berhenti dari menyebarkan video yang mendatangkan perbalahan daripada kalangan netizen itu.

Sekadar info, setelah sedar video mereka menerima kecaman teruk daripada kalangan warganet, pelajar berkenaan tampil memuat naik video memohon maaf.

image is not available 2 minggu lalu

Marah Kerana Kantoi Ditangkap Simpan Bahan Porno, Pelajar Madrasah Fitnah Mudir Lakukan Serangan Seksual