
Sukanya tengok Ahn Bo-hyun semakin bahagia sekarang.
Terbaru pada 6 September, Ahn Bo-hyun telah menghadiri acara CHANEL Frieze di Seoul dan turut dihadiri selebriti popular lain seperti G-Dragon, Kim Go-eun, Jeon Yeo-been, Lee Je-hoon dan ramai lagi.
Khususnya, ini merupakan penampilan pertama Ahn Bo-hyun selepas mengumumkan mengenai Ji-soo BLACKPINK, meraih perhatian ramai.
Dalam beberapa foto dan video yang dikongsi, netizen perasan pelakon lelaki itu kelihatan lebih berseri dan bahagia, membuat peminat seronok.
@keen___97 he is so handsome tonight #ahnbohyun #jisoo #blackpink #blink #fyp ♬ universe (sped up) – thuy
Antara komen yang ditulis,
Teman lelaki orang memang kacak la.
Ini kali pertama saya nampak dia selepas berita mengenai dating itu. Dia nampak sangat bahagia.
Ji-soo, awak sangat beruntung.
Kenapa wajahnya semakin nampak seperti Ji-soo?
Semoga terus berbahagia Ahn Bo-hyun!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Makin Bahagia, Ahn Bohyun Buat Penampilan Umum Pertama Selepas Bercinta Dengan Jisoo BP first appeared on KimchiDaily.my.



