Makin cantik berhijab, peminat doakan Syasya terus istiqamah tutup aurat

Women's Fashion
23 May 2024 • 10:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Makin cantik berhijab

Bekas ahli kumpulan Dolla, Syasya Rizal yang dilihat makin cantik berhijab selepas mendirikan rumah tangga dengan pasangan hidupnya telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi sebuah video tular di laman sosial, kelihatan penyanyi yang berusia 23 tahun itu berada di salah sebuah cawangan syarikat tekstil terkemuka bersama suami untuk menempah fabrik gaun hari bahagianya kelak.

Makin cantik berhijab

@jakeltextile

You were right! Hydee Design is collaborating with us to bring Syasya’s dream dress to life. Known for her lively and bubbly personality, we’re choosing fabrics and designs that reflect Syasya’s spirit, ensuring she looks as radiant as she feels on her big day. Here’s a sneak peek into our decision-making process. Counting down the days until the big reveal! #ingatkainingatjakel #ingatkahwiningatjakel #bridalwear #bridallace #weddingday #shoplocal

♬ original sound – JAKELTEXTILE – JAKELTEXTILE

Dalam perkongsian tersebut, syarikat tekstil popular itu memberitahu akan bekerjasama dengan pereka tempatan bagi menghasilkan gaun yang diidamkan Syasya.

“Hydee Design bekerjasama dengan kami untuk menghasilkan gaun idaman Syasya. Terkenal dengan personalitinya yang ceria, kami memilih fabrik dan rekaan yang mencerminkan diri Syasya,

“Kami akan memastikan dia kelihatan berseri-seri seperti yang diinginkan pada hari bahagianya. Berikut adalah gambaran ringkas berkaitan proses kami dalam membuat keputusan,” ujarnya di ruangan kapsyen.

Makin cantik berhijab

image is not available

Semoga Syasya terus istiqamah tutup aurat

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum apabila melihat usaha Syasya untuk terus istiqamah dalam memakai hijab selepas meninggalkan dunia hiburan.

image is not availableimage is not availableimage is not available image is not available image is not available

Semoga urusan dipermudahkan kelak

Dalam pada itu, peminat berharap suami Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal dapat menjaga isterinya dengan baik dan mendoakan agar urusan pasangan tersebut sentiasa dipermudahkan.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Pada 8 April lalu, kecoh di media sosial apabila Syasya umum pengunduran dirinya daripada kumpulan Dolla atas sebab peribadi yang tak dapat didedahkan.

Sumber: TikTok @Jakeltextile