Makin Merisaukan, Rating ‘Dare To Love Me’ Hampiri 0%

Entertainment
30 May 2024 • 1:23 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

“Dare To Love Me” mencatatkan rating penonton terendah setakat ini.

Menurut Nielsen Korea, episod ke-6 drama KBS itu mencatatkan rating sebanyak 1.1% berdasarkan kepada jumlah isi rumah di seluruh negara. Ini merupakan penurunan sebanyak 0.3% berbanding rating episod ke-5 yang mencatatkan 1.4%.

Bermula dengan rating 2.3% pada episod pertama, “Dare To Love Me” mencatatkan 1.5% pada episod ke-2 dan 1.4% pada episod ke-4, dengan penurunan rating yang berterusan.

Akhirnya, ratingnya jatuh kepada 1.1%, menjadikan rating penonton berada dalam keadaan bahaya dan menghampiri 0%.

image is not available

Drama ini membawa kisah romantik sopan antara Shin Yoon-bok, ‘cendekiawan MZ’ dengan sisi kemanusiaan dan kebijaksanaan serta Kim Hong-do, seorang wanita yang penat dengan kehidupan dilayan secara sewenang-wenangnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.