Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching

2 Mar 2024 • 10:10 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kedai legend ni.. Yang belum pernah try, korang wajib pergi sini

Makino Kochi, Kedai Ramen Homemade Yang Power Di Kuching. Ramen bukanlah satu makanan yang asing di Bandaraya Kuching. Terdapat banyak kedai makanan Jepun yang menyediakan ramen sebagai juadah mereka. Namun begitu, tidak banyak yang menyediakan homemade ramen, apatah lagi dengan citarasa Asia.

Tapi, kali ini anda kena cuba ramen homemade yang power di Kuching ni. Jom ke kedai makan Makino Kochi Ramen Bar yang terletak di Jalan Padungan. Sebelum ini, mereka gunakan nama Himawari Ramen Bar, haa mesti pernah dengar kan?

image is not available
Sumber gambar: FB Jhoe Yren Anicete

Kuah ramennya yang pekat dan rasa yang authentic!

Makino Kochi Ramen Bar ini menawarkan ramen buatan sendiri (homemade) yang bercitarasakan masakan Malaysia dan juga Asia secara keseluruhannya. Antara contoh menu menarik yang anda boleh dapati di sini adalah Pandan Chicken Aruba Soba Hikari iaitu Ramen yang dihidangkan dengan Ayam Pandan, Jagung Manis, seaweed dan juga potongan sayur sayur terpilih.

Selain itu, anda juga patut mencuba Gyuniku Shoyu Ramen Hikari, iaitu ramen yang dihidangkan dengan daging yang dikukus perlahan bersama kuahnya yang pekat. Dan yang paling bestnya, kuahnya adalah sup daging yang authentic ! Tak caya? Kena cuba lah ni..

image is not available
Sumber gambar: Foursquare erniezain

Kalau nak cari tempat untuk sarapan, mungkin ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda

Menariknya juga, Himawari Ramen Bar ini tidak menggunakan MSG dalam masakan mereka dan mereka sangat fokus dengan mengeluarkan flavour semulajadi dari bahan bahan asas masakan mereka.Bagi anda yang gemarkan bubur untuk sarapan pagi pula, mereka menyediakan menu bubur yang dihidangakan dalam saiz kecil atau sederhana.

image is not available
Sumber gambar: Forsquare Ingrid

Untuk pencuci mulut, anda boleh mencuba Tofu fa homemade mereka yang dihidangkan sejuk dan ditaburi kacang diatasnya. Bagi kami, sangat enak lagi-lagi kalau hari panas..fuhh! Korang takkan menyesal. Totally worth-it!

image is not available
Sumber gambar: FB Jamal Sharief

4.8Terbaik

Makino Kochi Ramen Bar

RM10-RM30

4.8 out of 5

Servis

5 out of 5

Kebersihan

5 out of 5

Kualiti Makanan

5 out of 5

Masa Menunggu

4 out of 5

Positif

Servis yang mesra kepada pengguna

Restoran yang bersih

Makanan yang berkualiti, boleh dilihat dari penggunaan bahan bahan yang digunakan

Negatif

Masa menunggu yang sedikit lama sekiranya datang pada 'peak hours'

Alamat

Makino Kochi Ramen Bar

179, Jln Padungan, 93100 Kuching, Sarawak

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d15953.398271635933!2d110.3569975!3d1.5547075!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31fba7c05b291229%3A0xa64deb76918535e1!2sMakino%20Kochi%20Ramen%20Bar!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1709388200198!5m2!1sen!2smy

Bagi anda yang gemarkan makanan laut, kami menyenaraikan beberapa kedai makan di Telaga Air. Harganya yang ditawarkan juga amat berpatutan. Baca artikel di bawah: