Maklumat Yang Dijana Oleh Gemini AI Kini Boleh Disemak Semula Menggunakan Carian Google

TechnologyDigital
17 Jul 2024 • 4:19 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jika sebelum ini terdapat beberapa rentetan daripada pengguna mengenai isu kesalahan maklumat yang dijana oleh Gemini, Google nampaknya tidak mengambil ringan perkara tersebut dengan ia tampil bersama pengenalan kepada sebuah ciri baru untuk mengatasi masalah berkenaan sekaligus menambah baik pengalaman penggunaan.

image is not available

Kini Google menyediakan satu ciri baru pada Gemini di mana ciri ini membolehkan maklumat yang dijana oleh AI dapat disemak semula kesahihannya. Menurut Google, ciri untuk semakan semula ini adalah untuk membantu pengguna menilai kredibiliti maklumat yang diberikan oleh Gemini dengan menggunakan carian Google agar kandungan yang serupa atau berbeza dapat dikenalpasti. Ciri ini kini tersedia di dalam Aplikasi Gemini AI dan versi web serta boleh digunakan oleh semua pengguna.

image is not available

Apabila ciri ‘semak semula respon’ ini digunakan, Gemini akan membahagikan jawapannya kepada tiga warna berbeza pada teks yang dipaparkan. Teks yang dipaparkan dengan warna hijau menandakan bahawa kandungan maklumat tersebut adalah maklumat sama yang dijana oleh AI dan telah ditemui di dalam enjin carian Google. Pautan kepada maklumat berkenaan juga akan turut dipaparkan.

image is not available

Teks yang berwarna oren pula menandakan Google tidak menjumpai sumber atau kandungan yang sama dengan maklumat yang dijana AI manakala untuk tulisan yang tidak ditandakan dengan sebarang warna bermakna tiada maklumat mencukupi di Google untuk menilai kesahihan kandungan berkenaan.

image is not available

Untuk menggunakan ciri ini cukup mudah dimana pengguna hanya perlu menekan butang dengan lambang Google yang berada di bawah kandungan yang dijana dan proses pengesahan akan dilakukan. Setelah itu, hasil pengesahan maklumat yang dijana akan diklasifikasikan mengikut warna-warna yang telah dinyatakan. Ciri ini dilihat cukup berguna untuk membolehkan pengguna mengenalpasti kesahihan maklumat yang dijana oleh Gemini AI di samping mengurangkan isu mengenai kesalahan informasi yang dijana AI pada masa akan datang.