
Maksud CKD & CBU Dalam Dunia Automotif
Dalam dunia automotif kita selalu dengar terma CKD dan CBU kan?
Baru-baru ini juga kecoh tentang polisi baru dari Kementerian Perlaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk kereta elektrik CBU.
Apa sebenarnya maksud CKD CBU ini? Apa kesannya terhadap industri tempatan? Kenapa MITI galakkan semua jenama beralih ke CKD? Jom kita ambil tahu.
Maksud CKD dan CBU
CKD untuk bacaan penuhnya adalah Completely Knocked Down iaitu kereta-kereta yang dipasang dalam negara.
Banyak jenama luar yang telah lama memasang kereta mereka di Malaysia seperti Toyota (Bukit Raja, Shah Alam) dan Honda (Pegoh di Melaka).

Bila dipasang di dalam negara, kebanyakkan komponen diimport tetapi ada juga komponen yang ditempah dari vendor dalam negara.
CBU pula bacaan penuhnya adalah Completely Built-Up adalah kereta kereta yang dipasang di luar negara.
Kebanyakkan jenama baru yang masuk Malaysia akan mulakan penjualan dengan membawa 'seketul' kereta dari kilang mereka di luar negara.
Salah satu sebabnya untuk melihat prestasi jualan pada peringkat awal sebelum buat keputusan membuka kilang di negara ini.
Baca juga:Kelebihan CKD dan CBU
Kelebihan utama CKD adalah kos akan menjadi lebih murah kerana cukai yang lebih rendah serta layak menerima apa-apa insentif dari kerajaan.
Selain itu, membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan dari bahagian pengeluaran sehingga ke bahagian kritikal seperti kejuruteraan.
Vendor-vendor tempatan juga dapat peluang untuk membekalkan komponen-komponen untuk kereta jenama luar.
Untuk CBU pula antara kelebihannya, jenama boleh membawa masuk kereta-kereta edisi istimewa atau edisi terhad.
Selain itu, stok tersedia dengan lebih cepat kerana pengeluaran besar besaran dari kilang luar negara.
Kenapa MITI Galakkan CKD?
Banyak faktor MITI galakkan jenama-jenama luar untuk memulakan pasangan tempatan atau CKD.
Antara sebabnya adalah perkongsian kepakaran teknikal dan teknologi pembuatan dengan tenaga pakar dalam negara terutama industri EV.
Peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan supaya orang lokal dapat membina kerjaya dengan syarikat dari luar di negara ini.
Kesimpulan
Sebagai penutup, sudah pasti CKD memberikan kelebihan yang banyak untuk negara ini dan juga jenama luar berbanding CBU.
Tetapi bagi negara pembuatan gergasi seperti China, mungkin mereka berpendapat untuk kekal export kereta dari negara mereka adalah lebih baik.

