
Pendakwah bebas PU Syed tampil menegur kumpulan Dolla yang didakwa tidak menjaga etika berpakaian sebagai umat Islam.
Menerusi satu entri di Instagram, dia menyatakan bahawa pernah memberi teguran terhadap kumpulan tersebut setahun yang lalu, termasuk menyinggung tentang nama mereka yang didakwanya menyerupai perkataan Arab “ضل” (sesat).
“Ternyata hampir sama dah…,” tulisnya sambil menyifatkan tegurannya ibarat mencurah air ke daun keladi kerana tiada perubahan ditunjukkan oleh pihak terlibat.
View this post on Instagram
A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)
Dia juga menggesa pihak berkuasa agar lebih tegas menguatkuasakan etika pemakaian dalam kalangan rakyat, terutamanya golongan artis dan pempengaruh Muslim yang menurutnya telah menjadi contoh tidak baik kepada masyarakat.
Tambahnya lagi, ramai kini berpakaian seolah-olah bertelanjang, dan dia menyerahkan kepada golongan wanita seperti ustazah untuk menyuarakan teguran, agar tidak timbul dakwaan kononnya lelaki hanya mencari salah perempuan.
Dia turut memetik aduan netizen yang kecewa dengan perlakuan yang dianggap menjurus kepada maksiat, serta menggesa pihak berautoriti untuk lebih cakna terhadap isu ini.
Bawa Watak Wanita, PU Syed Tegur Syafie Naswip - "Tetap Haram, Akan Jadi Punca Orang Lain Terjerumus Ke Arah Itu"
The post “Maksud Nama Tu Sesat” – PU Syed Tegur Penampilan Seksi DOLLA, Minta Pihak Berkuasa Bertindak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


