Maksud Warna Putih & Kuning Lintasan Pejalan Kaki Yang Ramai Tak Tahu

LocalLifestyle
12 Oct 2025 • 12:31 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Maksud Warna Putih & Kuning Lintasan Pejalan Kaki Yang Ramai Tak Tahu

Seperti umum ketahui, sepanjang jalan raya pastinya mempunyai papan tanda mahupun simbol lakaran di atas jalan raya bagi memudahkan pengguna jalan raya.

Setiap simbol, garisan ini mempunyai maknanya tersendiri. Salah satunya lintasan pejalan kaki atau lintasan zebra, mempunyai warna putih dan kuning.

Bagi mereka yang sering berjalan khususnya menggunakan pengangkutan awam pastinya perasan dengan lintasan ini.

Tetapi, mungkin masih ramai sebenarnya pejalan kaki tidak mengetahui warna pada lintasan pejalan kaki ini mempunyai maksud khusus.

Menerusi perkongsian Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Pengangkutan Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, mendedahkan rahsia di sebalik perbezaan warna ini.

Kenapa Lintasan Pejalan Kaki Ada Warna Putih dan Kuning?

Warna Putih

Jika ternampak lintasan belang pejalan kaki berwarna PUTIH, ini bermaksud anda sebagai pemandu kenderaan, tidak kira memandu motosikal, kereta atau apa-apa jenis kenderaan, WAJIB untuk berhenti bagi memberikan peluang kepada pejalan kaki untuk melintas jalan

Warna Kuning

Sekiranya anda ternampak lintasan belang berwarna KUNING, anda kena melihat siapa yang sampai dahulu dan paling dekat dengan lintasan belang kuning itu.

Jika pejalan kaki yang sampai dahulu, anda sebagai pemandu yang WAJIB berhenti dan jika kenderaan yang sampai dahulu, pejalan kaki WAJIB menunggu kenderaan melalui lintasan kuning itu.

Oleh yang demikian, sebagai pemandu dan pengguna jalan raya, haruslah sama-sama sentiasa berhati-hati apabila menghampiri dan menggunakan lintasan-lintasan ini.

image is not available
Gambar: Fazli Salleh

Semoga memberi manfaat

View Original Article