16 individu disyaki terlibat Daesh ditahan

26 Sep 2019 • 11:10 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan seramai 16 individu kerana disyaki terlibat dengan pengganas Daesh.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek terdiri daripada 12 warga Indonesia, tiga warga tempatan dan seorang warga India.

"Kesemua suspek antaranya ditahan di sekitar Sabah, Pahang, Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Kesemua suspek ditahan dalam operasi khas antara 10 Ogos sehingga semalam,” katanya dalam sidang media khas Ketua Polis Negara di Bukit Aman. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved