Malacca Securities jangka prestasi Nova Wellness lebih baik didorong normalisasi kos bahan mentah
azan
21/08/2023 - 16:40
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Malacca Securities menjangkakan prestasi Nova Wellness Group Berhad menjadi lebih baik untuk bagi tahun ini didorong normalisasi kos bahan mentah dan mungkin memberi potensi peningkatan pendapatan untuk FY24.
Firma penyelidikan itu berkata, memandangkan landskap pasca COVID-19 yang mencabar dan ketidaktentuan ekonomi global, mereka percaya cawangan sasaran kumpulan sebanyak 1,200 mungkin sukar dicapai pada tahun ini dan mungkin menjangkau tahun hadapan.
"Namun begitu, kumpulan itu tetap komited untuk mengembangkan kehadiran pasaran portfolio produknya sambil berusaha untuk meningkatkan kecekapan pengeluaran," katanya dalam satu nota kajian, hari ini.
Terdahulu, kumpulan itu mencatatkan keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang ekuiti biasa syarikat induk (PATMI) sebanyak RM3.5 juta untuk 4QFY23 menjadikan nilai keseluruhan sebanyak RM14.3 juta.
Keputusan yang diraih itu adalah dalam ramalan firma itu dan konsensu masing-masing pada 97%.
PATMI teras meningkat 19.5% disebabkan oleh penurunan kos jualan sebanyak 42% mengimbangi peningkatan dalam perbelanjaan pentadbiran, penjualan & pengedaran dan perbelanjaan lain.
Kos bahan mentah mungkin telah mula normal pada suku ini.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan 'pegang' dengan harga sasaran (TP) 73 sen sesaham.
Bagaimanapun kumpulan itu berdepan beberapa risiko termasuk gangguan rantaian bekalan yang mungkin memberi kesan kepada ketersediaan bahan mentah, risiko tukaran mata wang asing melibatkan dolar Amerika Syarikat (AS) kerana sebahagian besar pembelian bahan mentahnya melibatkan mata wang itu dan sebarang susut nilai dalam ringgit akan mengakibatkan peningkatan kos untuk bahan mentah dan bahan pembungkusan. - DagangNews.com



