Malam Gala Swepa kumpul dana bantu Persatuan Orang Pekak

28 May 2023 • 12:34 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) menyokong Majlis Makan Malam Gala Ulang Tahun Ke-30 Persatuan Usahawan dan Profesional Wanita Sabah (Swepa) untuk tujuan amal.

Majlis tersebut akan diadakan pada 11 Jun (Ahad) di Hotel Magellan Sutera.

Menterinya Datuk Christina Liew berkata majlis makan malam gala itu adalah bagi membantu Persatuan Orang Pekak Sabah (SSD) yang layak menerima sokongan atas peranan dan fungsinya.

Mengakui sumbangan SSD kepada masyarakat, beliau berkat persatuan itu, yang ditubuhkan pada 1975, menyediakan pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak pekak bagi meletakkan asas untuk pendidikan seterusnya.

SPONSORED CONTENT Under Armour introduces its latest outlet at the IMAGO Shopping Mall in Kota Kinabalu Kota Kinabalu: Everyday athletes and performance enthusiasts in Sabah can now get their hands on a wide range of performance gears in Sabah’s newest Under Armour outlet at the IMAGO Shopping Mall. Read more “Selain itu, SSD berjanji untuk menyediakan latihan kemahiran jangka pendek dan penempatan pekerjaan untuk orang pekak,” katanya selepas kunjungan hormat rombongan membabitkan enam anggota Swepa yang diketuai oleh Presidennya Sitti B. Damsel pada Jumaat. Ahli rombongan lain terdiri daripada Karen Wong (Naib Presiden), Betty Epin (Setiausaha Kehormat), Molly Yong (Bendahari Kehormat), Hanna Loh (Ahli Exco merangkap Pengerusi Penganjur Acara) dan Dora Voon (Ahli Seumur Hidup Swepa).

Semasa memberi taklimat kepada menteri, Sitti berkata majlis makan malam gala itu juga bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan persatuan itu meneruskan penganjuran aktiviti untuk manfaat ahli dan orang ramai.

“Pada masa sama, kami mahu mempromosikan Swepa kepada usahawan dan profesional baharu di Sabah, sambil mengiktiraf ahli sedia ada atas kesetiaan dan sumbangan mereka kepada persatuan sejak tiga dekad lalu,” katanya.

Sementara itu, Liew, yang mendapat pencerahan mengenai aktiviti Swepa dan program Mempertingkatkan Wanita, memuji persatuan itu atas pencapaiannya dalam mewujudkan komuniti usahawan dan profesional wanita sejak penubuhannya pada 1993.

“Berdasarkan rekod perkhidmatannya yang membanggakan kepada ahli dan masyarakat, Swepa berjaya menunjukkan perubahan dalam membawa usahawan dan profesional wanita ke barisan hadapan dalam pembangunan ekonomi negeri dan negara, selain menyediakan platform untuk rangkaian perniagaan dan latihan dalam bidang keusahawanan, strategi pemasaran dan pendigitalan, antara bidang lain,” katanya.

Pembentukan Swepa dimulakan oleh Jawatankuasa Ekonomi Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) pada Mac 1993, dan didaftarkan pada Mei 1994.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.