
Senyuman terukir di wajah 55 pemenang bertuah peraduan MR D.I.Y. – Cabaran ‘Raya Penuh Drama’ dan ‘Teka dan Menang’ – apabila mereka berkumpul untuk sebuah malam yang istimewa di Rumah Terbuka Hari Raya pertama anjuran MR D.I.Y., bertemakan ‘Raya Penuh Makna’.
Bertempat di restoran eksklusif Locarasa Restaurant & Patisserie, Bamboo Hills, Kuala Lumpur, acara ini menghimpunkan para peminat, keluarga dan rakan-rakan untuk menikmati hidangan lazat, gelak tawa, dan detik-detik yang tidak akan dilupakan. Acara utama malam tersebut ialah sesi beramah mesra bersama duta perayaan MR D.I.Y. dan pelakon terkenal tanah air, Syafiq Kyle, yang mencuit hati ramai sebagai Encik Pisang dalam filem web Hari Raya MR D.I.Y. Para tetamu dihidangkan dengan juadah istimewa perayaan dan turut serta dalam kuiz santai bersama pelakon tersebut. Syafiq Kyle meluangkan masa bergambar dan berbual dengan para peminat.

Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata: "Rumah terbuka ini adalah cara kami meraikan kreativiti dan semangat para pelanggan. Kami berbangga dapat menghimpunkan orang ramai dan mencipta detik yang bermakna seperti ini – sama seperti bagaimana kami membantu keluarga-keluarga di Malaysia menyambut Hari Raya dengan barangan keperluan perayaan yang bernilai hebat. Tahniah kepada semua pemenang, dan jutaan terima kasih kepada Syafiq Kyle kerana menceriakan malam ini dengan kehadiran beliau!”

Setakat ini, filem web perayaan MR D.I.Y. yang menampilkan Syafiq Kyle telah meraih lebih 59 juta tontonan di pelbagai platform media sosial, dan terus menyentuh hati rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang.

Inisiatif ‘Raya Penuh Makna’ MR D.I.Y. menampilkan lebih daripada 80 barangan keperluan perayaan seperti pelita raya, lampu LED, alas meja, sampul duit raya, dan aksesori fesyen, serta diskaun sehingga 30% untuk keperluan pembersihan, snek, dan minuman sepanjang musim Hari Raya.

Saksikan semula sambutan meriah ini di https://www.instagram.com/reel/DI-vUGUuJBB/?igsh=bnFvdmc1aGF3d2dq
Untuk maklumat lanjut tentang MR D.I.Y., layari mrdiy.com, platform e-dagang, mrdiy.com.my, serta saluran rasminya di Facebook, Instagram, dan TikTok.



