Malang Tidak Berbau, Individu Mati Lemas Selepas Google Maps Bawa Ke Jambatan Runtuh

22 Sep 2023 • 4:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki maut kerana mengikut aplikasi Google Maps

Malang Tidak Berbau, Individu Mati Lemas Selepas Google Maps Bawa Ke Jambatan Runtuh. Seorang lelaki menemui ajalnya apabila kenderaan yang dipandunya jatuh ke dalam sungai selepas melalui jambatan runtuh, gara-gara mengikut aplikasi Google Maps yang didapati sudah lapuk.

Susulan perkara itu, dipercayai ahli keluarga lelaki tersebut telah menyaman pihak Google. Memetik sumber, lelaki tersebut sedang memandu pulang untuk meraikan hari lahir anak sulungnya, namun malang tidak berbau.

Menurut tuntutan mahkamah yang difailkan oleh keluarga lelaki tersebut, kenderaan yang dipandu oleh bapa kepada dua anak itu tiba-tiba terjunam ke dalam sungai Snow Creek, Hickory, North Carolina, lalu disahkan mati lemas.

image is not available
Sumber: cari

Difahamkan sistem navigasi itu tidak dikemas kini

Difahamkan, ahli keluarganya menyaman Google disebabkan kecuaian teruk dan menuduh ia gagal memastikan sistem navigasi itu dikemas kini.

Dalam pada itu, jambatan dilalui lelaki itu dipercayai sudah runtuh sedekad yang lalu selepas dihanyutkan oleh banjir dan tidak pernah diperbaiki.

image is not available
Gambar hiasan. Sumber: google

Sumber melaporkan ramai sudah memberi amaran kepada Google Maps mengenai situasi jambatan itu sebelum ini, hinggalah membawa kematian kepada lelaki berkenaan, namun tiada tindakan yang diambil.

Baca juga artikel yang berkaitan: