“Malapetaka ‘Sinkhole’ Boleh Jadi Bila-Bila Masa” – Status Seorang ‘Brader’ Pada Tahun 2015 Tentang KL Tak Selamat Diduduki Raih Perhatian

26 Aug 2024 • 1:56 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, beberapa hari lalu, kejadian tanah jerlus atau dikenali sebagai ‘sinkhole’ yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur mengakibatkan seorang wanita warga India terjatuh dan hingga ke hari ini belum ditemui membuat rakyat Malaysia berasa risau.

Lelaki ulas tentang malapetaka ‘sinkhole’ di KL

Susulan itu, seorang pengguna di TikTok memuat naik satu ciapan yang dibuat oleh seorang lelaki pada tahun 2015 mengenai ‘sinkhole’ di Kuala Lumpur.

Kata lelaki terbabit di dalam status yang dibuat, Kuala Lumpur merupakan negeri di Malaysia yang paling tidak selamat untuk diduduki oleh rakyat kerana pada bila-bila masa tanah jerlus boleh berlaku.

image is not available

Dibina atas batu kapur, ada gua besar di Cheras

Ia susulan hampir 60 peratus tanah di Kuala Lumpur merupakan batu kapur dan pembangunan tanpa henti, sistem saliran huru-hara, bebanan melampau, merupakan faktor ‘sinkhole’ berlaku.

Sekarang ini dibawah KL sedang terbentuk gua-gua batu kapur yang besar. KL pula berada di atas bumbung gua-gua ini. Bila gua bumbung tak dapat tampung bebanan, maka akan runtuhlah dan sekali membawa Kota Kuala Lumpur ke dasar.

image is not available

Katanya pada tahun 2013, satu gua besar telah dijumpai di Cheras sewaktu pengerudian laluan MRT2 bawah tanah dilakukan tetapi hal terbabit dirahsiakan kepada umum.

image is not available 1 day ago

Pegawai Bomba Kongsi Detik Cari Mangsa Tanah Jerlus - “Masa Turun Bawah Tu Memang Takut, Tapi...”