Malaysia Airlines Diiktiraf Sebagai Kabin Kru Ke 10 Terbaik Di Dunia 2024

28 Jun 2024 • 12:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Tahniah diucapkan kepada Malaysia Airlines

Malaysia Airlines Diiktiraf Sebagai Kabin Kru Ke 10 Terbaik Di Dunia 2024. Malaysia Airlines dengan bangganya mengumumkan bahawa syarikat penerbangan nasional ini telah tersenarai sebagai Top 10 Kabin Kru Terbaik Dunia oleh Skytrax World Airline Awards 2024.

Pengiktirafan ini adalah satu pencapaian besar yang mencerminkan dedikasi dan komitmen tinggi kru kabin serta kepercayaan daripada para pelanggan setia.

image is not available
Malaysia Airlines Diiktiraf Sebagai Kabin Kru Ke 10 Terbaik Di Dunia 2024

Malaysia Airlines sebaris dengan Singapore Airlines, Qatar Airways

Mengikut senarai yang dikeluarkan oleh Skytrax, Malaysia Airlines berada di tempat ke-10, sebaris dengan syarikat penerbangan terkemuka lain seperti Singapore Airlines di tempat pertama, ANA All Nippon di tempat kedua, dan Garuda Indonesia di tempat ketiga.

Senarai penuh mengikut ranking SkyTrax 2024 adalah seperti berikut:

  1. Singapore Airlines
  2. ANA All Nippon
  3. Garuda Indonesia
  4. EVA Air
  5. Cathay Pacific
  6. Hainan Airlines
  7. Japan Airlines
  8. Thai Airways
  9. Qatar Airways
  10. Malaysia Airlines

Anugerah ini menjadi pemangkin semangat bagi Malaysia Airlines untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Malaysia Airlines juga kini menyasarkan untuk menduduki tempat pertama dalam kategori Kabin Kru Terbaik Dunia menjelang tahun 2025, dan mencapai kedudukan 10 teratas dalam kategori Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia menjelang tahun 2030.

Tempah tiket penerbangan Malaysia Airlines di sini https://invol.co/cllbtt2

Sementara itu, syarikat tambang rendah Malaysia, AirAsia turut meraih anugerah syarikat penerbangan kos rendah terbaik dunia 2024: