Malaysia Airlines tambah penerbangan laluan KL-Amritsar bermula 1 Ogos 2024

7 Jun 2024 • 1:04 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Malaysia Airlines tambah penerbangan laluan KL-Amritsar bermula 1 Ogos 2024

herman

07/06/2024 - 13:04

KUALA LUMPUR 7 Jun - Malaysia Airlines akan meningkatkan kekerapan penerbangan Amritsar-Kuala Lumpur dari empat kali seminggu kepada tujuh kali seminggu bermula pada 1 Ogos 2024.

Peningkatan itu disebabkan permintaan perjalanan yang kukuh dan prestasi faktor beban yang positif di laluan tersebut sekali gus meningkatkan jumlah penerbangan mingguan Malaysia Airlines di India kepada 71.

Menurut kenyataan Malaysia Airlines, laluan Amritsar diperkenalkan pada November 2023, menyertai Ahmedabad dan Trivandrum sebagai salah satu daripada tiga laluan baru ke India yang diperkenalkan pada tahun tersebut.

"Kekerapan penerbangan di laluan Trivandrum juga ditingkatkan kepada empat kali seminggu berkuat kuasa pada 3 April 2024.

"Malaysia Airlines kini menawarkan penerbangan ke ndia dari sembilan hab utama iaitu New Delhi, Mumbai, Bengaluru, Chennai, Hyderabad, Kochi, Ahmedabad, Amritsar dan Trivandrum," katanya hari ini.

image is not available
Amritsar terletak di wilayah Punjab, barat laut India yang terkenal dengan Kuil Emas bagi penganut Sikh.

Menawarkan gerbang ke Asia dan seterusnya bagi pelancong India, syarikat penerbangan itu menawarkan hubungan yang lancar ke Australia, New Zealand, Vietnam dan destinasi penting lain di Asia Pasifik, katanya.

Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG), Dersenish Aresandiran berkata, India tetap menjadi sas strategi perniagaan syarikat penerbangan itu.

"Kami gembira untuk mengukuhkan operasi kami dalam pasaran dinamik ini dengan meningkatkan lagi frekuensi penerbangan dari Amritsar dan dengan mengoperasikan 71 penerbangan mingguan antara India dan Malaysia, kami tetap kukuh dalam menawarkan fleksibiliti dan pilihan perjalanan yang diperkemaskan kepada pelancong India, menyediakan sebagai gerbang ke Asia dan lebih jauh," jelasnya.- DagangNews.com